Piala AFF: Rajagobal tidak letak sasaran
KETUA jurulatih Datuk K Rajagobal percaya beliau memiliki skuad lebih mantap berbanding ketika muncul juara Piala AFF dua tahun lalu.
Bagaimanapun dengan status selaku juara bertahan dan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, pengendali negara itu tetap menganggap Harimau Malaya bukanlah pasukan pilihan pada kejohanan yang bermula Ahad ini.
“Kami juara bertahan dan tuan rumah tapi kami bukan pasukan pilihan tapi berjanji memberikan persembahan terbaik,” kata Rajagobal.
Nada yang ditutur jurulatih berusia 56 tahun itu seperti mahu meredakan tekanan buat anak buahnya yang memikul beban harapan tinggi rakyat Malaysia yang mahukan kejuaraan itu terus dipertahankan.
Tambahan pula prestasi skuad kebangsaan sebelum ini dikritik hebat ekoran persembahan hambar dalam perlawanan persahabatan apabila tewas 0-1 kepada Vietnam dan Thailand (0-2) dan hanya seri dengan pasukan di ranking lebih rendah, Hong Kong 1-1.
Namun Rajagobal tidak menghiraukan tanggapan pihak luar kerana tetap dengan pendirian untuk menggunakan pendekatan sama seperti sebelum ini.
“Saya tidak boleh janjikan kejuaraan. Tiada apa yang pasti dalam kehidupan dan dalam bola sepak anda tidak boleh beri jaminan. Saya tidak pernah berjanji sebelum ini dan tidak akan melakukannya.” katanya yang turut membawa skuad negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 yang amat dinantikan selepas 20 tahun.
Dengan mengekalkan 10 pemain daripada skuad juara 2010, Rajagobal yakin anak buahnya akan berada di kemuncak prestasi dan berharap semua pihak tidak membuat rumusan sebelum kejohanan bermula.
Antara tonggak utama yang kekal adalah kapten, Mohd Safiq Rahim, gandingan serangan pemenang kasut emas Mohd Safee Sali dan ‘Mr Linesman’ Norshahrul Idlan Talaha serta penjaga gol yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina pada perlawanan akhir kedua, Khairul Fahmi Che Mat untuk Malaysia menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2.
Selepas menguji lebih 70 pemain dalam latihan dan siri perlawanan persahabatan, Rajagobal yakin beliau menghimpunkan 22 pemain terbaik yang dilihat lebih mantap jika dibandingkan edisi sebelum ini.
“Saya percaya kami memiliki pasukan terbaik untuk kejohanan kali ini malah lebih baik berbanding ketika menjuarai Piala AFF 2010. Pasukan ini lebih stabil dan sudah tiba masanya untuk mereka meningkatkan momentum dan fokus pada perlawanan pertama,” tegas Rajagobal.
Skuad negara turun pada perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, disusuli Laos 28 November dan Indonesia (1 Disember).
Saingan Kumpulan A di Bangkok pula bermula pada Sabtu, 24 November.
November 23, 2012 - 9:14 pm
Kalu d lihat pada friendly game. Harimau Malaya akan kecundang pada AFF 2012.Tapi kalu tuah ada pada Harimau Malaya mungkin boleh kot masuk final.Tengok pada barisan pemain yg d listkan tu nampak rapuh.Semangat juang yg tinggi perlu d terapkan pada team harimau malaya ni. tuk bolehkan bersaing d aff.ktq
November 23, 2012 - 9:34 pm
Memang patut pon RajaGoblok tuh tak letak harapan sebab dia sendiri tahu tahun nih AFF Cup akan failed, So dia dari awal2 dah bagi hint supaya kalau kalah nanti dia akan cakap “MEMANG DARI AWAL SAYA TIDAK SASARAN & TEAN MALAYSIA BUKAN PASUKAN PILIHAN”. Kalau dh memang baka dari jenis kaki belit tak kan ada ayat yang dia tak nak putar belit nya.
Hakkkkkk thuiiiii…..
November 23, 2012 - 9:39 pm
Kalau tak de target pengecut. Ong kim swee berani bagi target mana mana kejohonan yg dia masuk. Kenapa gopal takut…… Letak jawatan bagi pada OKS laaa barua gopal. Coach yg tak de vision, penakut, tak dee idea, tak berguna, cakap banyak macam tin kosong dii adalah gopal. …. Yg dilindungi oleh ketua ietua buta dan bodoh dlm FAM.
November 23, 2012 - 10:05 pm
Orang takde sasaran elok dikeluarkan saja.. baru betul..nak paksa player dpt juara.. mcm ketam@ belit mcm keling. kenapalah fam tak pula baca liputan gopal dalam media..kalau gopal dilucut jawatan pasti stadium penuh.. takde Gopal mesti menang malaysia…penyokong ada..
Siapa nak kejuaraan dibawah gopal dan persembahan apa terbaik dari gopal.. bkn dia main/.. Persembahan sepatutnya terbaik dari Gopal untuk semua orang ialah gopal keluar dari FAM..
November 23, 2012 - 10:49 pm
Statement bangang! Gopal percaya dia miliki skuad yang lebih baik dp 2 tahun lepas. Tetapi dengan status juara bertahan dan tuan rumah, dia tidak menganggap malaysia sebagai pilihan pada edisi kali ini. Bangang!
November 23, 2012 - 10:50 pm
apa susah. target kena menang setiap perlawanan la. capai ke tak target tu lain kira.
November 23, 2012 - 10:52 pm
Memalukan betul! jurulatih dah jadi jadi juruletih! Statement yang tidak meyakinkan penyokong ke stadium. Kenapa nak pikul tanggungjawab kalau dah tak boleh melaksanakanya. baik letak jawatan, lebih terpuji tindakan dan bermaruah kalau letak jawatan dan sedar kemampuan. Orang ramai pun takkan kata apa2.Orang FAM yang tua2 tu pun sila letak jawatan sebab dah monopous dah aku rasa sesetengahnya. Dah tak berfungsi langsung untuk perkembangan bolasepak malaysia. 30 tahun dengan rangking yang terus menjunam tapi gaji korang naik tiap2 tahun.Patutnay gaji korang semua dipotong ikut rangking FIFA.
Baru korang semua buat kerja betul2.
November 23, 2012 - 11:32 pm
2 hari sblum game, tiba2 coach Rajagobal kuar kenyataan “x letak sasaran” walaupun pd masa sama dia sdiri akui SKUAD LEBIH MANTAP & ada kelebihan MAIN TEMPAT SDIRI. bunyi cam pelik, kan?
rasanya coach Raja sdiri xpect msia xleh pegi jauh utk edisi kali ni. mintak maaf semua, bukan niat aku nak rendahkan kemampuan/moral team negara.
November 24, 2012 - 12:23 am
Banggang punya coach. baru ni dok citer yakin blh pertahan juara AFF. ni dah lain citer pulak. jadi kalau kalah pun. puak FAM xleh nak salahkan dia. nama dah keling. cakap berbelit2.
November 24, 2012 - 12:36 am
Eloklah kalau harimau kalah pun. Mungkin dengan kekalahan, negara buleh harap berlaku reformasi besar2an dalam FAM dan juga pemilihan coach dan pemain. Buleh mengharap sinar menelan kabus. Dimana2 pun rata2 mood penyokong berada ditahap paling rendah @ menyampah dengan FAM, team dan coach. Besar kemungkinan stadium akan kosong
November 24, 2012 - 6:01 pm
“reformasi dlm FAM”? sori bro, benda tu MUSTAHIL berlaku buat masa skrg. kalah le mcmana pun, org2 FAM ni xkan berundur. sumer gila RM + kuasa + pengaruh, padahal bab ‘football management’ x reti.
diorg sebenarnya x ikhlas dlm tugas diorg ‘menjaga bolasepak msia’. Coach Rajagobal sdiri x hadir ke stadium masa Final Piala Msia 2012 (game terpenting dlm klnder bola msia). manakala presiden & konco2nya (TSAM aside) jarang turun stadium tgk mana2 game. kalu x turun stadium tgk game, mcmana nak menilai kualiti padang + referee + prestasi player, dll?
November 24, 2012 - 12:37 am
Pundek punya coach! Blh kuar stmt mcm sial.. Blm lawan lagi dh siap x nak letak harapan..kalau kalah bukan salah dia lah.. Memang plan nak selamat kn diri sendiri. Pundek betul si bontot kuali..
November 24, 2012 - 8:33 am
Rajagobal silap strategi dari awal lagi. Patutnya dia kekalkan semua pemain dari HM 2010 sebagai main team sbb mereka dah serasi antara satu sama lain. Pemain2 baru sepatutnya digunakan utk membentuk pasukan HM pelapis. Ini akibatnya kalau tak respek HM2010. Malah Rajagobal suka experiment dan cuba campur aduk pemain2 hingga wujud kecelaruan. Bila tiba masanya dream team entah kemana dan pasukan HM2010 dirobek2 utk experiment. Mana Muslim Ahmad, mana Amirul Hadi dan pemain2 kelab yg berpengalaman dari segi pertandingan antarabangsa. Peinat tetap sokong tapi Rajagobal yg tak dpt bentuk pasukan yg winnable.
November 25, 2012 - 11:00 pm
Tahniah Rajagobal, anda berjaya membuat ujian lagi. Teruskan dengan ujian anda. Kalau main bola tak ada sasaran maknanya baik tak payah main.