Terengganu sekat Kelantan pungut mata penuh
KELANTAN gagal meneruskan retak cemerlang mereka dalam kempen awal Liga Super musim 2011 apabila hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Selepas menjulang Piala Sumbangsih dengan mengutip tiga mata penuh ke atas Selangor, Sabtu lalu, skuad kendalian Datuk M Karathu itu jelas tidak menghampakan lebih 25,000 penyokong The Red Warriors apabila mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan kapten Mohd Badhri Radzi pada minit ke-35.
Begitupun, hasrat untuk mencatat kemenangan kedua berturut- turut tidak kesampaian apabila Marzuki Yusof menanduk masuk gol penyamaan Terengganu hasil hantaran lintang Joseph Kalang Tie pada minit ke-69.
Tersentak dengan gol penyamaan tersebut, Kelantan cuba mengasak kubu Terengganu pada baki permainan, namun ketumpulan penyudah menghalang The Red Warriors menambah jaringan dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
February 2, 2011 - 9:38 am
saje aje toh Kelantan xnak memalukan Terengganu
February 2, 2011 - 1:11 pm
adat ye doh….bola itu bulat