Selangor fokus 3 aksi terakhir

Impian Selangor buru hatrik Liga Super terjejas jika cicir mata

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin menggesa pemain Merah Kuning memberi tumpuan penuh menjelang baki tiga perlawanan selepas ini.

Menurutnya, harapan menjulang Piala Liga Super musim ini tetap ada, namun pemain diingatkan jangan mencicirkan sebarang mata sehingga menuju penghujung saingan.

“Tiga perlawanan terakhir nanti begitu kritikal buat pasukan Selangor untuk mencatat hatrik gelaran Liga Super.

“Peluang masih ada buat kami, tetapi pemain perlu memastikan sembilan mata penuh dapat diraih sambil mengharapkan pasukan Kelantan dan Terengganu mencatat keputusan negatif,” katanya di Wisma FAS, semalam.

Hamidin berkata, selepas pasukannya terkeluar dalam saingan Piala FA kepada Kelantan baru-baru ini, semangat pemain agak merudum.

“Saya akui moral pemain sedikit terjejas kerana kekalahan besar kepada Kelantan di Shah Alam pada saingan Piala FA.

“Tetapi, kami di landasan tepat mencabar gelaran berikutan kemenangan bergaya mengatasi Negeri Sembilan, 28 Mei lalu,” katanya.

Selangor bakal menanti kunjungan Perlis pada 6 Jun dan Felda United 14 Jun ini di halaman sendiri sebelum menamatkan kempen liga berdepan Perak di Ipoh pada 6 Julai depan. — Sinar Harian

Related Posts

One Response to Selangor fokus 3 aksi terakhir

  1. Misi 33 dah hampir malap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>