Peletakan jawatan Mat Zan berkuatkuasa 1 Jun 2012
TEKA-TEKI berkenaan masa depan Mat Zan Mat Aris bersama Terengganu akhirnya terjawab apabila ketua jurulatih Skuad Penyu itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan semalam.
Ia berkuat kuasa 1 Jun depan.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh selepas perbincangan dengan bekas jurulatih Pos Malaysia itu.
Terdahulu, PBSNT mengarahkan Mat Zan bercuti rehat selama dua minggu selepas menyaksikan Terengganu tewas kepada Sime Darby pada aksi separuh akhir Piala FA.
Selepas Mat Zan direhatkan, penolongnya, Mohd. Khalid Dahan dilantik sebagai pengendali sementara dan dibantu oleh bekas penjaga gol Terengganu, Zuber Ibrahim yang bertindak sebagai pembantu jurulatih.
Mengulas lebih lanjut, Che Mat berkata, keputusan itu diambil atas dasar persefahaman serta persetujuan antara kedua-dua pihak tersebut.
“PBSNT mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Mat Zan kepada pasukan Terengganu selama ini.
“Mat Zan mengakui sedikit tertekan terutama selepas kegagalan layak ke final Piala FA.
“Justeru, Mat Zan percaya langkah yang diambilnya sebagai tepat demi mengembalikan prestasi cemerlang Terengganu,” katanya sebelum berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Tambah Che Mat, kini terdapat beberapa individu yang berminat untuk membimbing skuad Terengganu.
Begitupun katanya, keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat PBSNT dalam masa terdekat.
“Ada beberapa calon yang berminat untuk membimbing pasukan Terengganu.
“Mereka terdiri daripada jurulatih yang berasal dari Korea Selatan dan juga Singapura.
“Malah, bekas jurulatih kebangsaan juga ada menyatakan minat mereka untuk menjadi jurulatih Terengganu.
“Begitupun, kami akan bermesyuarat terlebih dahulu dan mengenal pasti latar belakang jurulatih tersebut sebelum memutuskan jurulatih baharu yang bakal menggantikan Mat Zan pada Jun depan,” katanya. — Kosmo
Mat Zan: Pengalaman paling buruk didesak letak jawatan
PENGENDALI pasukan Terengganu, Mat Zan Mat Aris mengakui desakan peminat yang mahu beliau meletak jawatan adalah pengalaman paling buruk dalam kariernya sebagai jurulatih, namun beliau menganggap itu satu cabaran untuknya terus mengemudi pasukan.
Beliau hairan dengan sikap segelintir peminat yang melabelkan diri mereka penyokong, tetapi bersikap seolah-olah mahu membunuh masa depan bola sepak negeri ini.
Lebih menghairankan, mengapa situasi ini berlaku ketika Terengganu masih berada dalam senarai teratas liga dan sedang berjuang untuk memburu kejayaan. Saya pun pelik mengapa perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada pasukan tercorot, sebaliknya kita yang berada di posisi terbaik pula jadi mangsa,” katanya.
“Hakikatnya perbuatan mereka (penyokong) bukan sahaja menjatuhkan moral pemain, bahkan saya juga tertekan. Apa tidaknya hari-hari pasti ada saja cerita negatif mengenai pasukan dan pengurusan ditimbulkan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Mat Zan yang pernah membawa Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2001 bertegas akan memikul tanggungjawab sebagai jurulatih, selagi pihak pengurusan mahukan khidmatnya dan tidak akan menoleh lagi, biarpun menerima desakan supaya berundur.
“Sebagai jurulatih, sudah pastinya saya mahu melihat pasukan bimbingan saya menang setiap kali turun beraksi, dan ia lebih daripada apa yang peminat mahukan.
“Tapi adakah wajar bagi saya untuk menjatuhkan moral anak buah saya hanya kerana mereka kalah, sedangkan ramai yang tahu pasukan Terengganu masih berada dalam kelompok terbaik liga,” katanya. — 5 Mei/SH
Related posts
- Jadual Separuh Akhir Piala FA 2012
- Elavarasan rancang strategi luar biasa sekat Red Warriors
- Peteh ibarat Singa lapar
- Video: Terengganu vs Felda United
- Selangor cicir mata lagi
- Piala AFC: Terengganu bakal terima peruntukan lebih besar
- Video: Menjelang Final Piala FA 2011
- Peter Butler sah jurulatih baru Terengganu
- Final Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum
- Azlan hat-trick propels Kedah to summit
Main topics: Liga Malaysia, Liga Super
Sub topics: Jurulatih Terengganu, Letak Jawatan, Liga Malaysia, Liga Super 2012, Mat Zan Letak Jawatan, Mat Zan Mat Aris, Terengganu
Awat setiap kali pasukan merudum, jurulatih yg akan dipersalahkan?? Walhal pemain dan pihak pengurusan jg bertanggungjawab. Last2, jurulatih juga yg menjadi mangsa keadaan
Pertukaran jurulatih adalah biasa dlam bolasepak. tengok saja Chelse, Kelantan dan banyak lagi team yang membuat benda yang sama. penonton skrg bukan macam dulu, mereka sudah mengikuti perkembangan bola sepak dan tak semestinya team yang berada dia atas tidak boleh disentuh. alasan mat zan tidak boleh diterima dengan menyatakan terengganu dalam keadaan terbaik sekarang kerana penonton mahu disajikan dengan aksi yang konsisten dan sudah tentu mereka mahukan yang lebih baik daripada tahun lepas di bawah kendalian Irfan Bakti. sebab itu desakan penonton ada asasnya. PBSNT juga perlu sedar bahawa Terengganu sudah bermain pada kelas yang tersendiri iaitu piala AFC. ini bukan zaman terengganu bermain liga setakat malaysia saja. sudah tentu corak permainan yang berbeza mahu diterapkan atau disajikan kepada penonton supaya bila sebut saja team terengganu, org sudah dapat menilai kehebatan dan klas tersendiri. sepatutnya pada awal lagi terengganu perlu membawa masuk jurulatih luar yang lebih berkaliber sekurang2nya yang ada pengalaman dalam world cup kalau boleh. Dato Ahmad Said sendiri pun ada menyatakan kos bukan halangan walaupun terpaksa membayar RM100k kepada pemain import sekiranya berkualaiti. jadi gunalah peluang ini. ambik jurulatih luar, muka baru. sudah tentu corak permainan pun berbeza, jgn sekadar nak recycle jurulatih kat malaysia je. itu lah pendapat saya yang mengikuti perkembangan bola sepak MALAYSIA. PBSNT perlu membuat perubahan yang lebih berani>>>>>tq
dengar cerita Terengganu mahu ambil jurulatih dari Korea. itu satu perkembangan yang sangat bagus. saya sokong…..
salam semua.. bagus tu kalau dapat jurulatih luar..tambah hebat ganu kito.. dengan gaya baru. takpe itulah jalan terbaik nak menambah skill dan formasi.. Nanti makin kuat saingan dr puak ganu dgn kelate..Gomo … Lagi hebatlah bergomol … so majulah
sek patai timur…….
perletakan jawatan dalam mengemudikan satu pasukan bola sepak merupakan fenomena biasa, penonton bukan menagih menang sokmo setiap kali berlawan tetapi yang penting corak permainan pasukan tersebut, kalah 15-0 sekali pun tapi corak permainannya menarik dan terhibur penonton tetap akan bersimpati,mungkin tak ada nasib, ni kalau kalah memanjang bercampur dengan permainan yang acuh tak acuh siapa tak marah…..lembu tengok nye jeler…biarlah berhati-hati kali ini membuat pilihan jurulatih yang akan melatih pasukan Terengganu kite, jangan lok ke Dato` pengurus sorang ya……JK lain senyap supi….
setuju dgn pandanagn awg goneng tu..jgn duk lop ker mat jusoh sorg jer wat pilihan.jk lain pom msti bui pendapat gok…klu blh doksoh ambiklah si butler tu..kelatang pom xsay die.ambiklah pulok coach dr korea tu..tgk cmner gaya permainan pasukang kite kali nin..
dlm astro arena ada mklumkn desas-desus peter butler kn ambil alih ganu. wah, perkembangan menarik ni. peter butler pun katanya dh ltk jawatn sbg jurulatih kelab indonesia
Jika PJB menjadi jurulatih Terengganu,ini bermakna dia menjilat balik apa yang di ludah dlu..”ini padang rumput”hahahah
ambik gok jurulatih hok molek sikit. pitih banyok tapi kemut. nok takut menda, mat said pun beri sokongan kewangan 100% kalu sangkut. dok pndai langsung guna peluang. nasihat saya kalu nak maju jgn recycle jurulatih yang ada, pakai yg baru. sebab org baru dok tahu menda2, jadi dia buat taktikal dia sendiri la. ni ambik hok doh biasa, jadi main pun lebih kurang la dgn team lain. cu gi cari villa boas bekas jurulatih chelse. dia pun tak dok keje rasanya sebab dah kena buang hari tu.Hee….he.
ganu bodoh ha333
hahahaha.. tgganu koya lebih.. nak kata mat zan xbagus, dia penah bawa tgganu juara piala malaysia.. nk suruh dia ikut jejak coach tahun lepas ifran bakti, tgk la team slgor tahun ni.. nk kata che mat jusoh pengurus xbagus, tahun lepas tgganu menang fa, naib johan piala malaysia.. penin2.. kesimpulannya, player tganu tu dah merosot la permainan dia.. tgk hadi tu, baper gol da dia skor musim ni.. tgk sarbini, keeper tu koya jah lebih.. penyokong ganu?? lu pikir la sendiri…
setuju dgn putu mayam haha.. penyokong yang fanatik dan tak berapa berakal.. mat zan baru brapa bulan jadi coach, tak bagi peluang langsung..
tgk la..alex man united pegang pun 3 tahun baru dapat trofi, ni apatah lg mat aris, tp bagus gak tukar jurulateh,tapi ganu kena tajang lagi depan..tgh kena mantap…defend mesti perati kelab org puteh etek, strategik serang dok leh nak ikut,ikut la defend dia org..bila serang tepi jaga la tepi belah sini sikit. pemain yang tengah gi tepi,defend kekal depan gol..tgk jerman main…