Khyril Muhymeen timbang tawaran berhijrah


Khyril Muhymeen Zambri sedia tinggalkan Kedah

DESAS-DESUS mengatakan Khyril Muhymeen mungkin akan meninggalkan skuad Hijau Kuning sementara masih menunggu tawaran sesuai dari pasukan Kedah.

Dikhabarkan, Khyril kini diintai pasukan dari Selatan dan Timur Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Kedah menegaskan mereka tidak akan menghalang pemain untuk berhijrah ke kelab lain.

“Jika dia dapat tawaran baik, baguslah. Kita menggalakkan pemain berbakat berhijrah, tapi kita akan tengok pula berdasarkan kontrak sedia ada,” kata Presiden Kedah FA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Khyril kini menggalas tugas bersama skuad kebangsaan dan masih lagi menunggu tawaran yang bersesuaian dari Kedah dan tidak mustahil jika beliau memilih untuk berhijrah ke pasukan lain.

Setakat ini, Kedah yang tersingkir ke Liga Perdana tidak melakukan banyak aktiviti perpindahan pemain seperti beberapa pasukan yang lain.

Lions XII vs Kedah | Gol Khyril Muhymeen


Video Gol Khyril Muhymeen [Lions XII vs Kedah] Liga Super 12 Mei 2012

Gol Khyril Muhymeen | Kedah vs Kelantan


Video Gol Khyril Muhymeen | Piala FA 01.05.2012

Related Posts

3 Responses to Khyril Muhymeen timbang tawaran berhijrah

  1. anti pilih kasih

    “.. diintai pasukan dr selatan ..”.
    abis la team2 lain, sumer player johor angkut.
    tapi pelik gak aku, kalu sumer dah join johor, player2 asal team johor fc pegi mana pasni?

    • Duit berkepuk-kepuk,beli aje nk wat pembangunan bolasepak lambat, akan mkn masa yg pnjg…emm player asal Johor Fc tu la,bgaimanakah nasib diorg..jom kita intai kot2 ada yg ok, beli murah2…hi3..ada jual ke?..bleh gilap2,dah mahal nti jual plak…bisnes katekan, haha..

  2. moga meen buat pilihan yg tepat…silap langkah nti merana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>