Peter Butler luah kekecewaan
Peter Butler tidak menafikan bahawa terdapat campur tangan pihak atasan dalam pemilihan pemain import Kelantan
SELANGOR menewaskan Kelantan 2-1 dan seterusnya memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini.
“Saya kecewa kami tewas. Saya kecewa untuk pemain saya. Saya rasa pada 20 minit terakhir dan beberapa minit separuh masa pertama kami pasukan yang lebih baik.
“Kami mempunyai banyak peluang cuma kami tidak mengambil peluang sepenuhnya. Tahniah kepada pemain. Jaringan gol Selangor sedikit sebanyak telah mengubah permainan.” kata Butler.
“Walaupun kami tewas 2-1 saya rasa kami bermain dengan lebih baik. Terdapat beberapa gangguan dalam pasukan dari segi kemasukan dan pengeluaran pemain. Jadi mungkin itu telah menganggu suasana dalam pasukan. Kami perlu duduk dan berbincang untuk perlawanan akan datang.”
Sebelum perlawanan itu, ESPNSTAR.my telah mengeluarkan berita tentang khabar yang memberitahu bahawa Peter Butler akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih Kelantan hujung bulan ini.
Ketika ditanya tentang perkara itu, Butler berkata: “Saya tidak mahu komen tentang perkara itu. Namun, saya harus duduk dan fikirkan sebaiknya tentang beberapa situasi.
“Dengan penuh bermaruah dan jujur saya harus lihat semula pendirian saya sebagai seorang manusia. Saya harus menanyakan beberapa soalan kepada diri saya tentang mengapa saya menerima tugas ini.” jelas Butler.
Butler menambah: “Malangnya kadang-kadang anda tidak boleh melakukan tugas anda seperti mana yang anda mahukan dan saya datang semula ke Kelantan dengan pemain yang baik dan saya hanya berniat untuk memajukan kelab ini.
“Saya bukan di sini untuk mengkritik sesiapa. Jujurnya saya harus bertanyakan beberapa soalan kepada diri saya.”
Sumber-sumber ESPNSTAR.my juga memberitahu bahawa Peter Butler tidak mempunyai hak dalam pemilihan pemain import. Butler akui pada awalnya dia memilih pemain import tetapi perkara telah berubah.
“Saya mempunyai peranan dalam pemilihan pemain import. Saya membawa masuk Okine, Antwi dan Gaddhar. Okine dan Antwi pemain yang muda dan tanpa ragu mereka mampu jadi lebih hebat di masa hadapan.
“Namun, Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kelantan FA) telah membuat keputusan untuk memikul tanggungjawab pemilihan pemain import dan saya harus hormati itu jika itu yang beliau mahukan. Beliau yang berkuasa dan membayar gaji kami.” kata Butler.
“Tetapi ini kali pertama saya mengalami perkara seperti ini. Sebagai jurulatih saya harus bertanya kepada diri saya jika saya mahu bekerja seperti ini kerana pada akhirnya adalah lebih baik jika saya sebagai jurulatih dapat memilih pemain saya sendiri.
“Terdapat pemain import baru hari ini yang diturunkan pada separuh masa kedua, Nwoha. Dan saya tidak pernah melihat dia beraksi sebelum ini dan dari mana saya datang, itu bukan bola sepak yang profesional.
“Nwoha baru saja masuk dalam pasukan, cuma saya rasa adalah lebih baik jika saya diberi tahu terlebih dahulu tentang kemasukan mana-mana pemain baru.”
-ESPNstar.MY
February 15, 2012 - 7:29 am
sumpah sian klantan main smlam.. plyer import baru suma hancur..
February 15, 2012 - 7:41 am
Tan sri anuar musa tu bukan apa, cakap tak serupa bikin, kna soal dengan rizal kat “dengan izin” tahun lepas tu pun dia dah terkapai2 marah2 meroyan, gila kuasa
February 16, 2012 - 5:27 pm
x pyah laa nk hna org klau ko sndiri pun kencing sruh mak bsuh…
February 15, 2012 - 8:38 am
Ada betulnya kata coach tu…Bagi je kuasa padanya untuk membuat apa2 jua perubahan dalam pasukan kelantan..Saya rasa Peter Butler lebih tahu…apa yg beliau lakukan..JIka ada pihak atasan lebih berkuasa daripada coach…Kerancakan Pasukan Kelantan akan terjejas ..Antwi dan Gaddar lebih baik..jika dibandingkan dgn import baru kelantan yg diturunkan semalan…So fikir2kanlah…untuk kebaikan Pasukan TRW
February 15, 2012 - 9:18 am
Fabio Capello versi M’sia.
February 15, 2012 - 10:41 am
The president of KAFA should understand and must have some respect to coach…… when you start to intrupt the players planning and so on, then we will see the failure of the best team in Malaysia….. not because of the games but because of the worst administrative of the managemennt…..”Right Job for the right person/position…..”
February 15, 2012 - 3:23 pm
Panggil SPRM siasat TSAM
February 15, 2012 - 4:34 pm
sokong peter butler…
February 15, 2012 - 5:01 pm
kami sbg pnyokong rata2 mnyokong tntang pemilihan pemain harus dibuat oleh coach..walaupn gaji dibayar oleh pgurusan..tp kene ingat duit gji dr pnyokong/penaja.. penyokong serta penaja maukan sebuah pasukan yg berjaya…
beri PB peluang membawa psukn kita dgn cara dia..
kami terim kekalahn dgn selangor..tp biarlah bukn sbb kualiti yg rendah pemain yg tah dr mna2..
ingatlah pnyokong yg menaikan mana2 pasukan..bukn semata2 pngurusan.. pnguruan yg bagus tp pnyokong tiada di belakang tiada makna apa2..