Kelantan raih kemenangan berharga, rampas takhta liga
Kelantan vs Selangor
KELANTAN berjaya merampas kedudukan teratas Carta Liga Super daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.
Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.
Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.
Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.
Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.
Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.
Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.
Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat
hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.
Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan.
- BERNAMA
Video Gol Mohammed Ghaddar | Kelantan 1-0 Selangor
June 30, 2012 - 1:55 am
selangok…. main jahat, pmain gay, jurulatih bodoh, main xpandai, blagak hebat nk mampus, bajet hesem muka cm tenok sekor2…fuck selangok
June 30, 2012 - 11:54 am
kesian ghaddar byk kena tumbuk smlm..
June 30, 2012 - 12:11 pm
boh,selangor ok tak dok masalah tapi pemain selangor amri n bunyamin main gilo,pah referee baso gilo anti kelate n makan rasuoh
July 1, 2012 - 2:49 pm
Kerana sglintir pemain Selangor yg main truk…kini Team Selangor & Selangor d chop xpro & truk…..”Kerana Nila Setitik…Rosak Susu Sebelanga”….hrp prkara ni x berterusan..
June 30, 2012 - 11:45 am
Minta Presiden FAM menghantar Pengadil yang lagi ‘bias’ untuk menghancurkan Kelantan… kalau setakat Pengadil yang seperti lawan TGanu dan Selangor tu tak mampu nak meneruskan niat jahat memastikan Kelantan kalah.
June 30, 2012 - 12:25 pm
pengadil kalu makan rasuah, memang cenggitu. kalau ader singapore jer rasuah semakin menjadi2. yang jadi tali barut bangang orang melayu. Tak sanggup nak tengook anak melayu kelantan menang piala. cibai punyai yang mengadili dua perlawanan kelantan tu..masa lawan terengganu dan selangor
June 30, 2012 - 2:10 pm
corak permainan memalukan dr selangor,menunjukkan betapa rendahnya moral pemain selangor,corak pengadilan yg amat lemah…layak jd pengadil untuk bolasepak budak tadika shj…..FAM tolong ambil tindakan….
July 1, 2012 - 12:03 am
respek sama ghaddar dah kena tumbuk pon sabar lagi…amri lu xda maruah ka? potong je la kote bagi anjing makan…
July 1, 2012 - 10:27 pm
rasanya FAM x serius pasal ni sbb diorang yg sengaja nk kelantan x menang dan ini jugak antara rancangan jahat diorang nk jatuhkan kelantan,mungkin pasal dengki kot??