MEMORI.. Kedah Juara Piala FA 2008
BAHAGIAN serangan Kedah yang masih belum meledak sebarang gol dalam saingan Liga Super musim ini mengecewakan penyokong setia Hijau Kuning.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah berkata, dua kekalahan dan dua keputusan seri tanpa jaringan setakat ini menggambarkan prestasi hambar pasukan, namun percaya Sang Kenari mampu melakukan kebangkitan selepas ini.
“Sebagai penyokong memang terkilan dengan persembahan Kedah. Sepatutnya, kekalahan pada perlawanan pertama ketika menentang T-Team perlu dijadikan peringatan kepada pemain untuk tingkatkan prestasi.
“Tapi, sudah empat perlawanan belum ada jaringan yang dihasilkan,” katanya.
Dalam pada itu, Hasmadi berkata, desakan segelintir penyokong Kedah yang mahu pengurus pasukan, Datuk Khazali Din melepaskan jawatan bukannya jalan penyelesaian kepada kemerosotan Kedah.
“Jika ingin buat rombakan, ia perlu menyeluruh termasuklah melibatkan jurulatih dan pemain,” katanya.
KFA juga perlu bertanggungjawab
Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah mahu semua pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi pasukan Hijau Kuning pada permulaan Liga Super musim ini.
Presidennya, Nor Hasmadi Hamzah berkata, tidak wajar jika pengurus pasukan, Datuk Khazali Din seorang diri dipersalahkan di atas aksi longlai skuad Kenari yang kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super.
Ini kerana katanya, aspek pengurusan daripada badan induk iaitu KFA mesti diambil kira selain segala keputusan termasuk pemilihan, kesebelasan pemain dalam setiap perlawanan dibuat secara bersama, sama ada secara terus atau di belakang tabir.
“Semua pihak yang membentuk sebuah pasukan dari pengurusan sehingga ke panel jurulatih dan pemain perlu bertanggungjawab. Tidak adil jika apabila kalah, Khazali seorang menanggungnya tetapi bila menang, ramai yang mendapat nama.
“Desakan yang mahu beliau melepaskan jawatan bukan jalan penyelesaian terhadap kemerosotan prestasi pasukan Kedah pada masa ini. Jika ingin membuat rombakan, ia perlu menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Khazali berdepan dengan desakan segelintir penyokong yang mahu beliau berundur ekoran aksi longlai skuad Kenari yang bukan sahaja gagal mencipta kemenangan, malah gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan Liga Super.
Menurut Nor Hasmadi, sebagai sukan No. 1 penduduk negeri jelapang padi ini, KFA perlu memandang serius kemerosotan persembahan skuad bola sepak Kedah dengan memainkan peranan yang lebih aktif terhadap pasukan.
Katanya, KFA tidak seharusnya hanya menumpukan kepada aspek pengurusan dan melepaskan tanggungjawab di atas padang sepenuhnya kepada panel jurulatih, kerana semua pihak perlu terlibat secara menyeluruh dan memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.
“Kami mendesak supaya Presiden KFA sendiri turun padang bagi memantau secara dekat apa yang berlaku dalam pasukan bola sepak Kedah,” katanya.
Related posts
- Wan Jamak bimbing Kedah
- Radhi terkilan dituduh dalang Kedah merosot
- Kelantan diundi dalam kumpulan sukar buru gelaran treble
- Bacul kalau saya berundur sekarang - Khazali Din
- Video: Perlis vs Kedah
- Kelekaan benteng bawa padah buat Perak
- Video: Felda United 1-2 Kedah Liga Super 2011
- N.Sembilan, Kelantan ke Final Piala Malaysia 2010
- Khyril Muhymeen wira Hijau Kuning
- Kedah vs Johor LIVE TV1 [Piala Malaysia 2011]
Main topics: Liga Super
Sub topics: Kedah, Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Liga Super 2012, Nor Hasmadi Hamzah