Bayern Munich juara Piala Super Jerman

BAYERN Munich muncul pemenang Piala Super Jerman, kelmarin sekali gus meraih kejuaraan ketiga selepas Piala Bundesliga dan Piala Jerman apabila berjaya menewaskan Schalke 04, 2-0, aksi meyakinkan yang memberi petanda mereka bakal sekali lagi muncul pasukan pilihan musim ini.

Tanpa Arjen Robben, Franck Ribery dan Mark Van Bommel, Bayern masih mampu meraih kemenangan hasil jaringan lewat bintang Piala Dunia, Thomas Mueller dan Mirsolav Klose.

Mereka mendominasi perlawanan itu dengan menyaksikan Bastian Schweinsteiger terlepas peluang keemasan seawal minit kelapan sementara cubaan Klose pada minit ke-51 melepasi palang gol. Mueller yang baru menyambung kontrak hingga 2015 menjaringkan gol pada minit ke-75.

Klose menambah satu lagi gol enam minit kemudian bagi mengesahkan kejuaraan Piala Super, trofi yang tidak dipertandingkan sejak 1996.

“Pasukan ini lebih baik berbanding tahun lalu kerana setiap orang tahu apa yang perlu mereka lakukan,” kata jurulatih Bayern, Louis van Gaal yang berjaya membimbing pasukannya sehingga ke pentas akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Jurulatih Schalke 04, Felix Magath yang berjaya mendapatkan khidmat bintang Sepanyol, Raul dari Real Madrid mengambil sikap berhati-hati ketika ditanya sama ada pasukannya mampu menyaingi Bayern musim ini seperti dilakukan musim lalu apabila mereka muncul naib juara.

“Kami belum mencapai kualiti diingini untuk menewaskan pasukan berstatus tinggi,” katanya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>