Peter Butler sah jurulatih baru Terengganu

Peter Butler

Butler ganti Mat Zan sebagai Ketua Jurulatih Terengganu

PETER Butler hari ini secara rasminya telah menandatangani kontrak selama 18 bulan dengan Terengganu sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Selepas spekulasi beberapa hari tentang Peter Butler menggantikan Mat Zan Mat Aris sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu, beliau secara rasminya telah menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama skuad Penyu hari ini.

Peter Butler yang juga merupakan bekas jurulatih Kelantan FA telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan pada minggu lepas.

Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang telah direhatkan selama 15 hari selepas prestasi buruk pasukan Terengganu tiada pilihan selain meletakkan jawatan akibat dari tertekan.

Peter Butler memberitahu ESPNSTAR.my: “Hari ini saya secara rasmi telah menandatangani kontrak selama 18 bulan dengan Terengganu FA sebagai ketua jurulatih.

“Saya akan mula bertugas dengan pasukan serta-merta tetapi seperti biasa saya harus menunggu lesen dan pengesahan dari pihak FAM”.

Peter Butler juga akan memulakan tugas pada perlawanan pertama menentang Sarawak dan berharap untuk membawa skuad Penyu ke tahap terbaik.

“Saya berbangga kerana pihak Terengganu telah melantik saya untuk membimbing pasukan yang hebat seperti Terengganu. Ini satu peluang yang baik untuk saya dan saya gembira kerana dapat kembali ke Malaysia.

“Sebelum ini saya telah membawa Kelantan di tempat teratas liga dan saya percaya dan yakin untuk melakukan perkara yang sama bersama Terengganu.” katanya lagi.

“Saya teruja dapat menghadapi cabaran ini untuk jangka masa yang panjang.” Butler berkata.

“Terengganu adalah pasukan yang muda dan penuh dengan pemain yang berbakat dan saya yakin mereka adalah antara tiga pasukan terbaik dalam Malaysia yang masih belum mencapai tahap terbaik mereka.”

“Saya rasa kelab ini dapat meraih kejayaan besar dalam dua atau tiga tahun. Mereka amat berbakat,” kata bekas pemain West Ham United itu.

Walaubagaimanapun, Butler tidak akan serta di bangku Terengganu dalam perlawanan dengan Sarawak tetapi jurulatih yang berusia 45 tahun itu yakin dia akan serta untuk perlawanan penting di Piala AFC dengan Kelantan pada 23 Mei.

Setelah menyaksikan pasukannya kalah 2-1 kepada Felda United pada hujung minggu, Butler ingin pasukan barunya mencapai rentak permainan yang baik dengan Sarawak sebelum perlawanan di Kota Bharu.

“Tahap keyakinan pasukan ini mungkin rendah setelah kekalahan dengan Felda, tetapi kami harus mencapai rentak permainan yang baik dengan Sarawak sebelum bertemu Kelantan,” tambah Butler.

“Perlawanan Piala AFC adalah pertembungan yang menarik dan saya tidak sabar untuk serta.”

Related Posts

11 Responses to Peter Butler sah jurulatih baru Terengganu

  1. ingatkang keng wordeng jadi coach…peter butler ok gok…

  2. Siang ko Teganu..lepah ni…kakah omputih ni lari pulok…bukey buleh cayo….bayar pitih sajo…

  3. haish..gi indonesia pun tak lekat,harap tganu bangkit lepas ni..pakat pitas lion IX belako wei..

  4. gomo klate gomo

  5. peteh ganu peteh

  6. pulung kedah pulung

  7. yob kjar yob perak

  8. johor fc jking

  9. Xde coach lain ke nk amik kita ni? Ke sebab ranking kita rendah sgt, coach2 kt negara luar sana xberminat nk mari malaysia. Tp FAM ckp, ranking xpenting…

  10. pb ibarat katok..nopat sano sini..xle pkai..xtau la mitok gapo pulop ngn PBST….
    pahni nopat pulop..tengok sudoh..kecek byk xguna…hehehe:-)

  11. PB JUGAK YANG DIA AMBIK. INGATKAN JING JUNG HOK KOREA TU. ADOIII, GELAP GAMBOR PULAKKK. KATEGORI BERAT 6 6 NI. APA HAL PUNG TENGOK LA LAGU MANA NAK JADI. KALU DOK JADI LEPAS NI NOK PECAT SAPA PULAK TU. ????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>