Harimau Selatan tewas aksi pembukaan Liga Super
Keputusan Pahang vs Johor Darul Takzim | Liga Super 2013
PAHANG menafikan hasrat pasukan dilimpahi pemain bintang, Johor Darul Takzim apabila berjaya menewaskan pasukan Harimau Selatan itu 3-2 selepas ketinggalan 2-0 di Stadium Darul Makmur.
Johor Darul Takzim mendahului perlawanan hasil jaringan Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha kedua-duanya hasil hantaran bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza.
Tok Gajah bangkit pada separuh masa kedua apabila Fauzi Roslan meledak dua gol dan Surendren menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah.
Fandi Ahmad menurunkan kesebelasan utama yang hebat walaupun Aidil Zafuan, Safee Sali dan Zamir Selamat berada di bangku simpanan sementara Simone Del Nero dikecualikan kerana kecederaan.
Serangan Johor Darul Takzim yang dibarisi Daniel Guiza dan Norhsharul Idlan mencabar benteng pertahanan Pahang dengan hebat apabila asakan bertubi-tubi dilakukan.
Seawal minit ke-11 perlawanan, tandukan Safiq Rahim meletakkan Johor Darul Takzim 1-0 di hadapan hasil hantaran Daniel Guiza.
Pada minit ke-15, Darul Takzim mendapat peluang kedua melalui tandukan Tharmini hasil sepakan percuma Nurul Azwan Roya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin.
Harimau Selatan terus menguasai perlawanan dan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kedua untuk pasukannya hasil hantaran cantik oleh Guiza.
Separuh masa kedua bermula dengan jurulatih Pahang, Dollah Saleh menggantikan pemain import, Nikolche dengan R.Gopinathan.
Empat minit selepas waktu rehat, Fauzi Roslan menjaringkan gol pertama untuk pasukan tuan rumah hasil hantaran Fazrol Hussain.
Pada minit ke-58, jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad mengeluarkan Zaquan Adha dan menggantikannya dengan Addy.
Dua minit selepas itu pasukan pelawat mendapat peluang yang baik apabila Nurul Azwan Roya merembat dari luar kotak penalti namun terkena tiang gol.
Beberapa minit selepas itu, Guiza dan Safiq Rahim juga mendapat peluang untuk menambah jaringan tetapi gagal disempurnakan dengan baik.
Pemain terbaik perlawanan, Fauzi Roslan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-72 hasil hantaran oleh Gopinathan dari dalam kotak penalti.
Pahang terus bangkit dengan aksi yang lebih baik menguji pertahanan Harimau Selatan.
Usaha Darul Takzim untuk mendapatkan jaringan gagal dan Surendren berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Pahang pada minit ke-83 sekaligus mengutip tiga mata pertama untuk bekas pasukan Liga Perdana itu.
Pahang XI: Nasril (GK), Shahrizan, Saifulnizam, Razman, Jalalludin (C), Azamudin, Faizol, Amirulhadi, Fauzi, Nikolche, Borji
Johor Darul Takzim XI: Al-Hafiz (GK), Azmi, Muslim, Tharmini, Tuah, Azwan Roya, Ezrie, Safiq (C), Zaquan, Guiza, Norshahrul
- espnstar.my
January 9, 2013 - 1:19 am
Tahniah pahang kerna telah memadam ego harimau selatan terutama bos dia tu yg nampak merah berseri mukanya.
January 9, 2013 - 1:40 am
belanja besar,,cakap besau,,,kena cakau dek tok gajah..tahniah tok gajah btul2 naik minyak..
January 9, 2013 - 1:47 am
hihihihihihiiii
January 9, 2013 - 6:19 am
cakap besau.. terberak rimau selatan kna lenyep di tok gajah
January 9, 2013 - 7:03 am
apasal la gopinathan ni x maen Malaysia masa aff.lincah benor teman nengok si gopi ni macam naik syeikh lahhhh
January 9, 2013 - 7:42 am
taniah pahang….game terbaik….biar dalam team x ade bintang janji main dalam satu team…..biar berlanja kecik janji game gempak….
January 9, 2013 - 7:48 am
Hehehehe…..mana nak sorok muka bos dia tu……malu lah….berlagak hebat……kena penyet kat tok gajah…..tahniah PAHANG
January 9, 2013 - 7:58 am
tahniah kepada tok gajah…. buat JDT: WAARGHHHHH!!!
KAHKAHKAHAKAHAKAHKAHA!!!!! HAHAHAHAHAHAH!!!!!! maluuuuuuuuuuuu!!!!!!! lastly terimalah nasihat dari kawe: kl nak ambik bintang, ambiklah bintang yg betul2 berkilau, jgn ambik bintang yang dah malap…. payah dah nak bersinar… hehehe
January 9, 2013 - 8:15 am
Abe, jange sedak suko ko ore. Jangan bagi penyokong lain kecik ati
January 9, 2013 - 9:06 am
Org tak bertamadun mmg mcm tu…….TRW kalah takde pun org sibuk, JDT kalah… kaum ni yg paling sibuk….belajarlah jd dewasa
January 9, 2013 - 10:06 am
adatlah bro.. kl kalah kena kutuk.. balasan dari org yg suka cakap besar…. kah3 opps!
January 9, 2013 - 11:27 am
Seumur hidup aq la…kelantan kalah aq x pnh amik port pun…mng,respect la,klh kira klh la boleh cuba lgi…manusia cm kt ats tu x skolah bro….
January 9, 2013 - 8:03 am
tak sabar tunggu 15hb ni, kita calarkan sekali lagi ego rimau selatan……
January 9, 2013 - 9:28 am
haha…semlm gajah dah lenyek harimau selatan…15hb ni pastikan kijang pulok lenyak harimau selatan tu…hahahaha…
January 9, 2013 - 11:05 am
insyallah..kita geng pantai timur baka org debe…org ganas..tahniah pahang….GKG
January 9, 2013 - 11:40 am
Sek2 kelate dale ni kecek srupo taik….agah x habis2 lagi…jange jadi mace johor sudoh…
January 10, 2013 - 2:13 pm
budok luar tue nyamar kelate
January 10, 2013 - 2:15 pm
budok luar tu nyamar kelate
January 9, 2013 - 8:20 am
semoga pahang tidak leka dengan kemenagan yang bermaruah dan Johor DT(johor FC) tidak kecewa. semua kuat
January 9, 2013 - 9:11 am
HAAA HAAA HAAA HAAA HAAA HAAA HAAAA dah ada yang kena lempang ke ceria aku hari ni
January 9, 2013 - 9:32 am
ketawa dalam duka…terima jer la hakikat kekalahan…jadikan pengajaran…lain kali jgn suka ckp besar…bila kalah mula la nk marah bila org kutuk…adat la kena kutuk tu….hahaha
January 9, 2013 - 9:13 am
Sebagai penyokong JDT, takdde apa pun yg rasa malu………..game semalam mmg mcm final, dua2 bagus…tapi aku lebih nk komen team aku la…he he he, JDT mmg bagus di bahagian hadapan….punya start lemau bila Guiza di suruh jadi top dan Tuah di tarik turun ke bawah…midfield jd longlai…kebetulan dua2 player Gopi dgn Surendan mmg naturally flank yg bagus dan speeding laju…nampak dua2 menyerlah, yg lain dlm team Pahang ok ok je..silap Fandi pulak bila nampak flank lawan laju dan skill dia tak stop awal2…dia masukkan beberapa pemain baru yg gugup dan tak perform…
Azmi Muslim pun byk silap mlm ni…..first gol Pahang tu mmg ada cara utk buat perangkap offside…tapi Azmi terleka..patutnya bila centre back naik Azmi pun cepat2 la naik..tapi dia lambat beberapa saat, tu yg Fauzi lepas perangkap offside…yg lain2 gol Pahang tu mmg nampak defend tak ready la
By the way, awal musim…….keserasian player perlu ditingkatkan lagi dan semalam pun bukan top 11…..mungkin yg anti JDT mmg happy la JDT kalah…tapi pada aku, kalah menang bukan isu sangat…mana mungkin satu team menang semua perlawanan….yg penting semangat kesukanan dan kurangkan kutuk mengutuk….he he he
January 9, 2013 - 9:43 am
betul. aku rasa mangkuk2 beruk merah x tgk pun game smlm trus ckp johor ego, beli player star tp main hampeh dan bagai lg. tp hakikat game smlm mmg best dan awesome smp aku tinggalkan game sgor - n9 yg mcm sial (aku fan sgor) ms 2nd half. 1st half mmg jdt kontrol dgn kualiti passing n ball control yg bagus. even safiq main pun kira menjadi smp minit 60 pastu dia trus out. sbb tu diorg boleh leading 2-0 dan gol2 suma sbb teamwork. dan org yg follow bola tau py payah nak kalahkan tok gajah kat tmpt dia x caya ty lions ms quarter final piala malaysia lps. masalah jdt skrg pd player2 yg bukan star esp bhgn wingback yg masalah. tuah tu mmg bg aku dia weakest link mlm tu bg gopi merajelela kat final third kwsn jdt. so mmg jdt dan pahang sama2 hebat mlm smlm cuma kehebatan dollah salleh lebih terserlah compare dgn fandi ahmad dr segi taktikal. xde sape sangka dia sanggup buang dua import yg buat ngabis beras tu dgn player tempatan.
January 9, 2013 - 9:50 am
Panjang sedepa pun komen Anda
Kalah tetap Kalah
Tewas tetap tewas
Malu tetap malu
Tapi cakap besar tetap cakap besar
Hidup Tok Gajah….
Walaupun Ada pemain Nama tuah iskandar
Tapi iskandar tak bertuah
January 9, 2013 - 10:50 am
susah betul ckp dgn org buta bola mcm ko ni. aku tgk bola nak enjoy. bg aku game mlm tu best. peduli apa sape menang kalah aku fans selangor. masalahnya fan bodoh mcm kau ni bukan reti analisis permainan pun. tau tgk scoreboard je. tu je la tahap ko.
January 9, 2013 - 11:31 am
Beradab la sikit….budak sekolah..
January 9, 2013 - 10:01 am
Sedara…why sedara menyebt beruk2 merah????? Jgnlah sedara nak wat provokasi dsni…aku pun tngk selangor gok main smalm,ok ape game smalm!!! Luck j N9 xmng smalm sal open chances diarng mmg bnyak,n import mereka diporras 2 bnyk mensia2 kn pluang!!! Apapn bru 1st game…1st 11 pun xtentu lg!!! Sal JDT lak,pasukn yg dipenuhi star mmgla org expect bleh mng… So,peringatn aku skali lg,jgn start provok mane2 supporter team lain…
January 9, 2013 - 10:11 am
Setakt tgk kat tak tv payah cakap besar la… kalau anda betul2 penyokong bolasepak sejati, pegi la sokong kata stadium nu!!! kan semalam selangor lawan n9 kat stadium shah alam, tapi nampak kosong je stadium. borak dalam internet macam poyo je!!!
January 9, 2013 - 10:18 am
Sdara ader prob k ngan aku??? Aku dok jln limau meru…meh la leh knal!!! Bc btol2 msg aku diatas…jgn main terjah ja!!! Nak btol lah knal ngan ko ni…
January 9, 2013 - 10:58 am
eh terasa ke? ala biasala dlm internet kutuk mengutuk membawa mesra. lgpun aku tuju pd mangkuk2 yg mula2 provok jdt. x caya tgk la komen kat atas2 tu. beruk merah ckp besar boleh, fans lain ckp besar xleh. eh, berani jual kena berani beli la. aku citer dr segi overall game. ya n9 mmg wasteful dan defend sgor x reti aku nak ckp bhs apa. berbanding dgn game jdt-pahang smlm fast pace, game n9-sel adalah contoh ol skool bola mesia sgt low tempo smp rasa nak tido. nak buat camne dah terbiasa tgk game epl, laliga, bundesliga dll. harap game2 liga super akan dtg berkualiti dan fast pace mcm jdt-pahang smlm.
January 9, 2013 - 2:10 pm
waklu JDT main bagus…lu buta ke ape..dari minit awal smpai habis pahang main lg cantik..bila mase safiq manjadi..arap skor tanduk bola pon reflek masuk…nmpak sgt tngah JDT mcm sampah.. defend clear cm bdk skolah..xde keserasian..pahang lagi mantap.. boleh…Amirul Hadi lg mantap.. lu reti ke x tgk bola… asal dpt bola je nk lambung bg guiza.. ape yg cantik.. itu merapu name dia… by the way.. aku pon fan s’ngor..
January 10, 2013 - 3:00 pm
jerangkung merah
January 9, 2013 - 10:12 am
jgn dok lyn sgt jerangkung ni.. dah nama pun jerangkung, memang perangai dia buruk…
January 9, 2013 - 11:00 am
ok la nanti aku tukar nama tuan guru spy ko pun boleh ambik berkat aku.
January 9, 2013 - 1:30 pm
ko simpan laa berkat ngko tu dlm tong sampah… tak hingin aku…
January 9, 2013 - 3:50 pm
aku jd sarkastik la. kata bodoh kang terasa pulak.
January 9, 2013 - 10:14 am
betul la broooo.. n9 lwn sel teruk betul main.. tgk anak aku main guli lagi best.
January 9, 2013 - 9:52 am
Aku stuju biler ko kater yg penting semangt kesukann dan kurangkn kutuk mengutuk!!! Apapun game menunjukkn ape2 pun bleh jd dalm bolasepak!!! Pah JDT skor 2 biji n game bru j stngh jam start,aku ingatkn yg JDT akn kenduri gol namun credit tok coach dolah yg menukar taktikal pd 2nd half yg membuahkn hasil… Adios
January 9, 2013 - 9:21 am
aku malu hahahaha
January 9, 2013 - 10:21 am
saya sebagai peminat JDT merasa amat bersalah diatas keceluparan mulut saya yg selalu bercakap besar dan selalu memperlekehkan pasukan2 lawan… di sini saya ingin memohon maaf kepada semua peminat2 bolasepak tanahair di atas keceluparan saya selama ini… baru saya sedar pasukan yg berbelanja besar dan mempunyai raamai pemain bertaraf bintang tidak semestinya akan menang.. maluunyeer sayer.. mohon maaf yer tuan2…
January 9, 2013 - 10:37 am
yup…terbaek dr johorian..wa caya lu…
pepon kt stadium darulmakmur semlm mmg happening…fans tok gajah ngan fans jdt mmg spoting…tiada berlaku kejadian tak diingini…credit to all’s!!!!!
January 9, 2013 - 9:21 am
Hargahhahha Harghahhahah Hargggaaahhaaa ejejejjejeje ekekkekekekke salam dari real TRW fan
January 9, 2013 - 10:17 am
w’salam…. hahahahahahahahahhaekekekekekwarawarawaearraaghahhh….uhukuhuk…
January 9, 2013 - 9:22 am
Kalah tetap Kalah
Cakap besar tetap cakap besar
Apa pun hidup Tok gajah
Nanti kan amukan Tok gajah musim ni
TRW pun kami tak gentar….
Kami punyai semangat juang mcm mat kilau
Bukan semangat cakap besar Macam tut tut tut
January 9, 2013 - 9:59 am
sep2 kito jgn cakap besar mcm jdt biar mene dulu. apapun tahniah pahang skuad demo meme hebat. jdt ambo tgu kedatangan demo 15hb. p/s nk duk mano la 15hb pasti stadium lipoh
January 9, 2013 - 10:07 am
Apa yang menarik game semalam ialah 2nd half Pahang dengan local player benam DTfc dengan Allstar player. What a game!
January 9, 2013 - 10:10 am
perlawanan pembukaaan yang menarik. JDT on the 1st half main menarik, hanya perlukan dua3 pemain utk score gol tapi xleh nk sustain performance on the 2nd half. Tapi yg paling menarik pahang local lads on the second half. membuktikan semangat berpasukan, tidak mengalah lebih tinggi nilainya dari bayaran gaji bulanan yg mahal.
January 9, 2013 - 10:16 am
hahahahahahahhahahahha jdt kalah
January 9, 2013 - 10:18 am
janganla paggil orang beruk merah.. trw pun merah.red giant pun merah..kalah adat permainan..xsabar trw belasah jdt hehehe
January 9, 2013 - 10:27 am
norshahru boleh score,
safiq pun score,
2 assist dari guiza..
pembelian berbaloi..smart investment from PBNJ
January 9, 2013 - 10:29 am
w/pn JDTFC kalah 1st game, tp aku still percaya JDTFC tetap menjadi antara pasukan pilihan season ni, disebabkan list2 player star yg diaorng ada.
Apo2 pn, TRW mesti tunjukkan kemampuan untuk kekalkan kejuaraan Treble yg telah dimenangi season lps. InyaAllah, KELATE boleh.
January 9, 2013 - 10:30 am
KESIAN…… tulah KAK SEMAH dah bagitau… player2 MALAYSIA tu bukan bagus sangat…. tengok masa AFF bukan TERBAIK pun…. Striker xlah jaring banyak mana pun… MIDFILDER memang dah sentiasa yoyo prestasinya… masa AFF pun sama tu yang kene BELASAH dengan SINGAPORE… DEFENDER pun sama mudah BOLOS.. macam game show.. BOLOS SAJA DINDING ITU,….. hahaha.. Xkan hebat 45 minit ajer… kata TEAM MEWAH….
Pemain PAHANG.. budak yang score gol tu MAHAL ker GAJI dia… mesti puluh3 ribu tu… hebat sangat.. lebih hebat dari pemain SEPANYOL…ops BEKAS PEMAIN SEPANYOL….
Apapun SELAMAT MENCUBA….. mungkin boleh belajar dari GAMES FOOTBALL MANAGER cara2 nak takbir CLUB agar lebih berjaya…
January 9, 2013 - 10:36 am
betul tu kak.. sy sokong 100percent…
January 9, 2013 - 10:48 am
btol tu kak…
kekadang player yg biasa2 ni lebih mantap …
scorer phg tu gaji xlah mahal mana pon ..bwh rm5k jew…tp semngat mgatasi segalanya…
January 9, 2013 - 2:13 pm
jga performance fauzi, nnt jdt byar lg 80k utk ko..peace no war
January 10, 2013 - 9:20 am
untuk makluman KAK SEMAH, gaji dia tak ler besor mane….keje kerajaan jer…tahu-tahu jer laa…
tapi..dlm apa-apa keadaan,family tetap nombor SATU..family dia bagi full support…so bila dia turun padang….hati dia banyak senanggg…main pun ‘menjadi’laa…
January 9, 2013 - 10:49 am
sahabat2 semua…
- nak komen pasal bola, komen secara profesiaonal, tunjukkan kecomelan diri..
- tak perlulah KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA SECARA KETERLALUAN..
January 9, 2013 - 11:01 am
thats true bro..patutnya klo nk komen atau kritik biar la berhemah…bg ak game jdt vs pah mmg menarik..cuma jdt terlalu yakin sbb dionrg dapat 2 gol awal..nak2 defend yg sama slalu buat mistake masa AFF haritu..siapa dia..lu pikir la sndiri.
. cabaran tahun ni lagi sengit kalau tgk pada keadaan semasa..hope TRW boleh fokus satu persatu game…buat fan jgnla terlalu memprovoke sampai menyerlahkan tahap pemikiran anda sama ada betul2 peminat bola sepak atau peminat emosional bola sepak..
2cent from me..
January 9, 2013 - 10:52 am
gajah sepak harimau sampai 3 kali…xpela jdtfc next game try lagi…
January 9, 2013 - 10:54 am
Muwah muwah muwahhhh….
January 9, 2013 - 11:02 am
Apa2 pun jagalah adat pertuturan……JDT cuba buat pembahuruan……team lain pun ada objektif masing2…..hormati orang lain…….jangan irihati…..jangan suka padankan muka orang lain……ini hanya permainan…..harus positif….lagipun baru je perlawanan pertama…..
January 9, 2013 - 11:36 am
semangat kesukanan yang penting. hidupkan player tempatan
January 9, 2013 - 11:43 am
bagus usaha JDT. mewujudkan persaingan dalam liga tempatan. player2 tempatan patut menyahut cabaran. gilap player2 tempatan. harap2 ada bakat2 muda yang akan muncul sebagai peneraju harimau malaya
January 9, 2013 - 11:57 am
Provoke ke tak provoke ke aku tak peduli…..yg penting aku enjoy game semalam…..satu pembaharuan banyak first game stadium penuh….nampak DarulMakmur pun penuh smlm….mmg betul…..dari segi taktikal Fandi nampak goyang bila 2nd half…..tak pasti apa punca dia tarik Zaquan keluar dan masukkan player2 baru yg nampak gugup…mungkin Zaquan tak perform tapi Guiza back-up midfield dan nampak stabil midfield masa 1st half..defend pun nampak mcm tak serasi sebab banyak overlap dari Gopi dan Surendran dia tak pangkah awal2…byk memerhati senang cakap defend JDT smlm…
By the way …yg buat aku bangga walaupun kalah
1) Stadium penuh dan Liga Msia 2013nampak akan meriah tahun ni
2) Profesional dlm bolasepak pun nampak ada improvement..nampak kurang semalam kes nak pangkah2 kaki lawan (game lain aku tak pasti)…selalu standard player Msia kerja nak pangkah kaki lawan je kalau loose ball
3)Hantaran sharp dari dua2 pasukan……ramai aku rasa setuju kalau kata semalam game mmg mendebarkan mcm final
4) Kekalahan tu boleh membuatkan Fandi dan JDT fikir balik untuk tengok cara mana nk harung Liga tahun ni
Lain-lain nanti aku sambung lagi ..he he he
January 9, 2013 - 4:59 pm
mengucaplah sedara, nak tegur tu tegurlah dgn cara baik, bahasa yang sopan dan budi bahasa, tak nak provokasi di sini, kita ni semua peminat yang sama, peminat bola sepak semuanya,
January 9, 2013 - 11:57 am
kelantan yang juara 3 piala pun kalah jugak dgn atm, apa nak heran kalau dtfc yang yak penah menang apa2 piala kalah kan, bola tu bulat, kita score awal pun boleh lg lg kan, mungkin coach fandi kena belajar strategi coach dollah, ape pun tahniah pahang
January 9, 2013 - 4:38 pm
Kelantan kalah takpe..tak heran…nak tengok player mana yang serasi.. tapi DTFC yang konon2nya Manchester City Malaysia kalah kepada Pahang malah mana-mana pasukan sekali pun, tahniah3 kepada Pahang saya ucapkan..
DTFC yang dibarisi star player kalah kepada SEMANGAT pasukan Pahang..
January 9, 2013 - 12:20 pm
Tahniah kepada ke2-2 pasukan .mutu permainan yang macam ini yang ingin kita lihat dalam bolasepak.Kesimpulannya…anak tempatan malaysia berbakat dan bersemangat waja…sekalipun menentang bintang2 dan import player…buka minda posotif
January 9, 2013 - 1:39 pm
‘Bintang’ tu anak tempatan jugak…..sebab main Malaysia je dia dipanggil bintang…kalau gaji, diaorg tak pernah declare pun diaorg dapat berapa….peminat je mandai2 assume dpt ribu raban….tapi itu positif kerana player Msia ni akan sedar yg pemain2 lain pun akan cuba rebut slot dlm pasukan Msia…so diaorg ni tak boleh goyang kaki la lepas ni
January 9, 2013 - 1:59 pm
Yg dtg Malaysia ni kbnykn yg import cap ayam je. Yg ada jenama pun, yg org dh “reject”. Tu yg jd mcm tu.. Mana ada player import yg betul2 profesional nk main liga Malaysia yg kelas bawahan ni. 1 je cara nk tingkatkan mutu liga kita skrg ni, buang semua org yg duk dlm FAM tu
January 9, 2013 - 12:24 pm
hello RJ, minta buka minda dato. Ternyata ramai pemain dapat mewakili harimau
January 9, 2013 - 1:55 pm
Aku coach. Itu pemain, saya punya kuasa mahu pilih siapa. Saya kenal pemain saya (pemain org lain, sy tarak kenal).
January 10, 2013 - 1:27 pm
hahaha steady rajagopal….macam rajagopal la keh3
January 9, 2013 - 1:54 pm
Tahniah skuad pahang. Tp yg bestnya player Pahang, si Fauzi tu. Gol ke-2 bukan setakat cantik, tp “ajaib”. Nmpknya player tempatan kita lebih power dr player import Sepanyol yg kununnya power tu (dulu ye la kot). Nmpknya TRW bakal menerima saingan sengit kali ini. GKG
January 9, 2013 - 3:58 pm
Emo ko ni…..beristighfar la byk2….baru satu game, kalau tiap2 game Fauzi tu buat mcm tu aku setuju dgn ko….satu lagi tak payah la ‘jaguh kampung’ sangat bandingkan Guiza tu….ko kutuk2 dia…dia main world cup….ko main apa?
Tapi bakat Fauzi tu nampak naturally………keep it up….kalau continues main hebat mcm tu….aku sendiri akan puji dia…no doubt!
January 9, 2013 - 6:06 pm
guiza main world cup 2010 ke euro 2008? cek betul2..
http://en.wikipedia.org/wiki/Daniel_G%C3%BCiza
January 9, 2013 - 6:45 pm
Haah la, die x main la. Mcm shit D Guiza ni, men Euro je rpenye. X power langsung, rugi beli
January 9, 2013 - 6:53 pm
bodoh sombong statement JoJo ni…ko tak tahu ke…dalah hati Guiza tu doh hakkktuiiiii teammate johor…beza main kat spain ngn johor mcm langit dah bumi
January 10, 2013 - 3:37 pm
sepanjang Piala Malaysia tahun 2012,fauzi tue jaringkan 7 gol…masa lawan Sarawak (Pahang menang 6-0 kepada Sarawak)Fauzi sumbat 4 gol….
January 9, 2013 - 1:55 pm
Bagus.. Ini yang kita inginkan.. Penyokong semua kena professional. Jgn emo. Tahniah but JDT.. Walaupun kalah.. Sekurang kurang nya semakin ramai org berminat dgn liga malaysia sekarang.. Penuhkan stadium masing2..bagi sokongan, jaga adab.. Aku yakin dalam klu liga lebih kompetitif, Malaysia boleh pegi jauh. Talent bersepah cuma pengurusan kena cekap.. All the best to all.. Lets enjoy the seaon!!!
January 9, 2013 - 4:23 pm
Kepada penyokong JOHOR kena terimalah hakikat BAHAWA PASUKAN KESAYANGAN ANDA TELAH KALOH KEPADA PAHANG DGN JARINGAN 2-3 PADA 8HB.JANUARI 2012(SELASA) BERSAMAAN 26 SAFAR 1434 H….harap maklum.(MERAH PADAM MUKA….DIA TU!!!)
January 9, 2013 - 4:44 pm
ada sepasukan DTFC yang kena makan penampar..heheheh
January 9, 2013 - 4:55 pm
jganlah sedara cakap penampar2 tu, tak eloklah, saya sanjung kdymm sultan muhamad ke-v tu, sedara pun kena respect jugaklah kat sultan kami, tak yah cakap mcm tu lah, saya ingatkan sedara saja
January 10, 2013 - 3:33 pm
klo sultan yg adil,bleh jd tok imam smyg mmg la disanjung,cm sultan kelate loni..sultan johor apa yg nk disanjung sgt??
January 10, 2013 - 3:44 pm
hebat la kau jkk…tau sultan mana banyak buat dosa dan pahala…hebat…
January 9, 2013 - 4:51 pm
nampak sgt wak lang(trw) tak baca komen ustaz bola, kalah tu kalah lah, tak yah kutuk lah, ustaz bola kan dah cakap jgn jadi lalat, duk kutuk2 duk maki2 sape, buat apa nak provok2 kan, takde guna pun, saya dengan sedara sama saja, sama2 cucu cicit nabi adam kan,
kalau saya kata sedara buruk, saya pun buruk jugaklah, kalau saya kata sedara baik, saya pun baik jugaklah, di mana ustaz bola sekarang, kami menunggu ustaz untuk nasihat lalat2 kat sini,
January 9, 2013 - 6:06 pm
hehehehehe setuju
January 9, 2013 - 6:01 pm
pasukan pahang memang memang penuh semangat..lebih2 lagi ada dolah saleh ngan zainal bidin hasan jadi coach.
suporter pahang pun okay.. takdelah buat huru hara cam geng2 kelantan.
January 9, 2013 - 6:18 pm
sudah2lah jadi batu api. Yang huru hara cuma kat sini jer, kat stadium semua sama je perangai.lainla kalau kau cuma tgk bola kat rumah je.cuba2 la pergi stadium. kau sokong je pasukan kau tu takde sape nak kacau.
January 10, 2013 - 9:11 am
sep ni bukan orang kot, ade saje yang tak kena dengan kelantan, sep ni tak penah ke sekolah kot, ataupun mak bapak sep tak penah ajar nak hormat orang lain kot, kepada tuan punya diri sep, sedarlah, saya jemput sep ke stadium sultan muhamad ke4 pada 15 jan 2013 ni,
January 9, 2013 - 6:42 pm
FYI, JDT lagi banyak peluang berbanding Pahang dan JDT dah boleh habiskn game kalau peluang tu digunakan sepenuhnya. Padam ego konon. Kami x penah nk ego sbb JOhor FC mmg team pertengahan. DLu power pon sbb Eddy Helmi Abdul Manan. Kami xde la berlagak nak mampos ckp team kami semestinya mng, kami cume gembira pasukan melalui perubahan. Korang fans team lain tu ha x beragak nk kutuk. Tengok game semalam dlu baru kutuk.
January 10, 2013 - 9:31 am
aku bukan orang johor tapi aku minat JOHOR FC . selepas JOHOR FA tak dapat masuk liga super PRESIDEN PBNJ ambil alih JOHOR FC lepas tu aku dah lupakan JFC SANG LEBAH . dan membawa masuk palyer yang katanya bintang2 PRESIDEN PBNJ ada cakap dia nak menang TREBEL menang semua games GUIZA cakap nak score 50 goal atleast 2 goal satu game tapi lepas tengok first games aku senyeum je sebab mereka dah makan kata2 sendiri
January 9, 2013 - 6:59 pm
walapun johor kaloh tp kalu nok kiro sedak puok dio main berbanding kito maso lawe ATM tu dale piala sumbangsih ari tu. harap trw buleh mene main di kb minggu depe. pah so lg kawe here bakpo paka logo johor tu? buke johor fc jah hok main liga super johor main liga perdana. buleh ko suko2 tuka? kalu lagu tu gak baik gi bodek fam untuk dapat piala terus. tok payoh susoh2 main terus dapat piala.
January 9, 2013 - 8:28 pm
JOhor darul Takzim kena laknat…..
January 10, 2013 - 9:07 am
sedara dah jadi tuhan ke nak laknat negeri kami tu, bawa mengucaplah sedara, kerana duk sokong bola pun sampai laknat melaknat sesama kita ni, bagilah komen yang membina dalam ni, biar kita sama2 dapat baca
January 10, 2013 - 9:30 am
JDT main dengan begitu baik pada separuh masa pertama, formasi 4-4-2 memang berkesan terhadap pahang yang menggunakan formasi 3-4-3. tuah iskandar memang berkesan dlm membuat overlap disamping bahagian tengah JDT berjaya membuka beberapa peluang menjaringkan gol. meskipun Pahang menguasai bola di bahagian tengah peluang menjaringkan gol tidak ada. separukh masa kedua, dollah menggunakan natural winger iaitu gopi dan surendran menggantikan wing back lebih kepada formasi menyerang 3-4-3 dengan 3 out and out striker. bahagian kanan dan kiri JBT agak bermasalah dimana tuah dan azmi terpaksa berhadapan 2 vs 1, winger dan penyerang, etc tuah vs gopi dan alex. JDT terpkasa bertahan terlalu ke bawah menyebabkan amirul hadi menguasai bahagian tengah. pertukaran pemain yang JDT buat juga kurang berkesan untuk mengimbagi semula perlawanan. apapun, JDT memamng berbahaya dalam serangan pantas dan direct football cuma bahagian tengah ternyata tidak mampu mengimbangi pahang 3 vs 2 di tengah.
January 10, 2013 - 1:55 pm
darul takzim dah best main tapi pahang lagi hebat nk buek camno..star pun xleh lawan budok pahang
January 10, 2013 - 10:19 am
kepada anak johor trw kalah kat atm itu hari pun penalti..lagi pun xdapat mata pun..terimalah kekalahan yan penting trw menang 2-1 atasi pkns selangor semalam alahamdulillah..atm kalah semalam
January 10, 2013 - 11:37 am
fan2 bola yg bangang dan kutuk jdt ni mmg delusional. korg ingat bila ada perubahan aka duit masuk dan2 boleh menang suma game ke? boleh trus menang suma piala yg dipertanding ke? tgk chelsea masa mula2 abramovich invest ada dia trus menang piala 1st season? xde kan? man city bila sheikh mansour start beli ada menang piala trus 1st season? xde kan? padahal team2 ni main kat liga yg dah establish/world class dan ada fanbase masing2 yg mmg kuat sblm dibeli. kesimpulannya 1st season masih terlalu awal utk judge jdt. dalam satu2 takeover biasa yg jd isu adalah kestabilan pasukan dan jdt pun x terkecuali dan benda ni ambil masa utk sesuaikan. yg penting jdt 1st season mesti buktikan mereka kompetitif sejajar dgn investment yg masuk (at least kena top 3 dlm league). maka target kena menang at least 1 piala oleh pengurusan jdt bg aku sgt realistik.
January 10, 2013 - 1:55 pm
setuju dengan pandangan anda. inilah yang dikatakan ROI, return of investment. walaupun JDT tak menag piala pun, kemeriahan bolsepak johor kembali dirasai, pasukan lain akan menambahkan kekuatan masing2 untuk meingkatkan kekuatan, dll. ia samaada tangible or intangible effect. pengambilan guiza oleh jdt memang begitu berkesan. kehadiran pemain berkels dunia menjadikan prestasi pemain tempatan akan meningkat contohnya matyo, safiq, dll.
January 10, 2013 - 1:41 pm
perjalanan masih jauh..apa2 pun kita berharap semua team dapat memperagakan mutu permainan yang menarik..jangan sampai pemain import mengutuk standard liga kita..
January 10, 2013 - 1:47 pm
Tahniah Mat Yo & khasnya kpd PBNJ kerana berjaya memenangi pertikaian tebus kontrek Mat Yo ngan KAFA di mana FAM telah putuskan tebus kontrek adalah RM299K (ikut gaji sebulan x baki kontrek)dan tak perlu bayar pampasan/yuran perpindahan kpd KAFA.
ONLY IN MALAYSIA…….
January 10, 2013 - 2:55 pm
tahniah!
January 10, 2013 - 4:28 pm
kes tutup w/pn rasa dianiayai oleh undang2 rimba FAM. apa2 pun TRW harus tumpukan pada persaingan musim ini dan jadikan kes yang diadili secara berat sebelah ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.
January 10, 2013 - 2:36 pm
PUAK-PUAK KELATE JNG DOK RIAK SANGAT WEH!.KENA BALONG KO JOHOR BARU TAU..ADAT PERMAINAN ADA,ADA MENANG..KO GUANO GU ..BIASA LAH BRO…
January 10, 2013 - 2:38 pm
ADAT PERMAINAN ADA KALAH,ADA MENANG ..HARAP MAAF HAAAA
January 10, 2013 - 3:24 pm
cam budak2…aptb
January 10, 2013 - 9:02 pm
perjalanan masih jauh…. johor tetap menyengat..bola sepak susah nak kata pahang akan bertandang ke johor….masa ni la nak tengok kekuatan pahang sebenar
January 10, 2013 - 9:46 pm
Pada pendapat saya pasukan lain gerun dengan JDT …Bila kalah kutuk semacam… Tengku Mahkota mahukan yang terbaik bagi rakyat JOHOR…Baginda sentiasa Positif menghadapi masalah …. Sabar…Lambat laung kita akan dapat hasilnya…..Macam buah durian. Buang Buruk Dulu
January 10, 2013 - 11:09 pm
gembira tengok JDT kalah . Bukannya benci dengan pemain JDT tapi meluat lihat cara pihak pengurusannya , masuk wisma FAM main redah je , rakyat kebanyakkan tahu apa yang berlaku .
January 11, 2013 - 9:05 am
Tahniah!Tahniah!Tahniah…..kpd anak johor…..uuup….maaf tersilap…TAKZIAH!TAKZIAH!TAKZIAH….semuga kaloh lagi malam ini….Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!
January 11, 2013 - 10:16 am
tah pape…selalu kuar paper, tv bagai cakap fans dia mngamuk sebab kena provoke…tp tgk kat sini…org dia je yang dok sebok provoke fans lain…achaner tu wak lang?
January 11, 2013 - 10:51 am
Releks La Supporter Johor..Tahan je la mata anda membaca..Dah lumrah Team Favourite semua orang nak tengok mereka kalah..Last year semua orang nak tengok TRW dan LION XII kalah..Tahun ni giliran JDT pulak utk pegang title kerusi panas tu..Apa-apa pun Good Luck pada semua team..Ambo tetap sokong Kelate di kala Meney atau Kaloh..GKG..
January 11, 2013 - 12:13 pm
komen aku la .. tak sepatutnya JDT kalah, seri takpe .. agaknye baru2 lagi kot .. takde serasi .. tapi Dollah Salleh mmg bagus .. taktikal yg kadang tak dijangka ..