HASRAT pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din untuk melepaskan jawatan telah ditolak pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), sehari selepas pasukan itu kalah kepada Felda United dalam saingan Piala FA, Jumaat lepas.
Khazali berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau berasa bertanggungjawab dengan kemerosotan Hijau Kuning dalam Liga Super dan tersingkir pada suku akhir Piala FA.
“Memandangkan jurulatih Ahmad Yusof direhatkan, saya menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatan tetapi ditolak oleh KFA dengan alasan pasukan akan menjadi kucar-kacir dengan ketiadaan kami berdua,” katanya di Alor Setar, semalam.
Khazali berkata, beliau akan terus memegang jawatan itu selagi khidmatnya diperlukan oleh KFA dan sedia berundur jika sebaliknya.
Katanya, kemenangan ke atas Terengganu pada perlawanan Liga Super esok diharap dapat menyejukkan hati peminat dan penyokong pasukan Kedah yang sebelum ini mendesak KFA menggugurkan Ahmad sebagai jurulatih.
“Jika kita kalah, itu bermakna kemerosotan Kedah bukan disebabkan oleh jurulatih semata-mata, tetapi semuanya terlibat,” katanya.
Selepas enam perlawanan Liga Super, Kedah mengumpul enam mata di tangga ke-10 liga dengan hanya menang sekali dan seri tiga kali.
Utusan Malaysia
Related posts
- Gol minit akhir legakan Kedah
- Full Video Kedah vs Kelantan Separuh Akhir Piala FA 2012
- Baddrol yakin Kedah mampu tewaskan Kelantan
- Nidzam Adha letak jawatan jurulatih Kedah
- Terengganu, Selangor menang selesa
- Tamat hukuman gantung ibarat mati hidup semula - Wan Jamak
- Piala FA: Kedah, Sime Darby iringi finalis 2011 ke separuh akhir
- Video Kelantan 2-1 Kedah [Liga Super 2012]
- Video T-Team 3-0 Kedah [Liga Super 2012]
- Video Insiden kad merah Helmi Eliza [Perak vs Kedah]
Main topics: Liga Super
Sub topics: Kedah, Khazali Din, Liga Super 2011