Azraai tetap tagih bisa Owona
Negeri Sembilan vs Sabah
Liga Super 7 April 2012
Stadium Tuanku Abdul Rahman
“SAYA harap dia ‘bertaubat’ dan lebih bersikap positif dalam padang selepas menjalani hukuman penggantungan dua perlawanan. Demikian reaksi Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah ketika mengulas kehadiran semula penyerang importnya, Jean-Emmanuel Effa Owona menjelang aksi Liga Super menentang Sabah di arena sendiri, malam ini.
Menurutnya, kehadiran Owona di barisan serangan Skuad Hoben Jang Hoben amat diperlukan dalam misi mengutip mata penuh di hadapan penyokong sendiri.
“Saya harap Owona mampu menyerlah dan menjalankan tugasannya seperti biasa. Dia penyerang yang baik namun kadangkala sikapnya menjejaskan mutu permainannya.
“Apa pun, saya harap dia berubah dan mempamerkan permainan cemerlang serta buang sikap ala Mario Balotelli dalam dirinya,” katanya.
Dalam pada itu, Azraai mahu anak buahnya berhati-hati dalam melayan kunjungan Sabahawk memandangkan skuad kendalian Justin Ganai itu dibarisi pemain berpengalaman serta memiliki pemain import berwibawa.
“Bermain di laman sendiri bukan jaminan untuk kami mencapai kemenangan mutlak memandangkan Sabah mempunyai rekod away yang baik.
“Apa pun, pemain harus fokus sepanjang 90 minit serta elak melakukan kesilapan yang boleh membawa padah kepada pasukan,” katanya.
Selepas mengharungi 12 perlawanan, Skuad Rusa kini mengumpul 18 mata untuk menduduki tangga kelima liga. — Sinar Harian
April 7, 2012 - 7:53 pm
Pasukan man laksa mengharapkan owona dn kwn2 menang lwn sabah malam ni.. Sama2 kita nantikan
April 7, 2012 - 11:25 pm
Pasukan man laksa dh leading 2-0 tp sbb trlalu yakin dh boleh menang, pasukan man laksa mula main2. Sabah pn balas 2 bijik, seri 2-2.
Dengar citer, polis pantau fan n9 kt stadium. Jabatan narkotik datang. Apa la korang ni, datang tgk bola dah le. Nak stim pn agak2 la, dlm stadium tu. Jgn ikut perangai buruk man laksa tu