Akmal Rizal buru kasut emas
SELEPAS menyumbang enam gol setakat ini penyerang utama Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini berselera memburu anugerah `Kasut Emas’ selaku penjaring terbanyak Liga Super 2011.
Walaupun membantu kejayaan pasukan tetap menjadi keutamaan, Akmal turut tidak ingin melepaskan peluang menjulang anugerah itu bagi pencapaian peribadi selepas mendapat kembali keyakinan diri.
“Saya bersyukur dapat menyumbang gol untuk Perak setakat ini. Selain membantu pasukan, saya akan cuba untuk kejayaan peribadi selaku penjaring terbanyak musim ini,” katanya.
Bekas pemain kebangsaan itu yang tenggelam sejak beberapa musim lalu gara-gara kecederaan kini tampak semakin mendapat kembali rentak serta memberi sumbangan bermakna pada musim pertama dengan skuad Seladang.
Malah pemain itu menjadi duri dalam daging kepada bekas pasukan lamanya, Kelantan ketika kedua-dua pasukan bertembung di Ipoh, empat hari lalu.
Pada perlawanan itu, hasil lorongan Akmal dari sebelah kanan membolehkan Shafiq Jamal menyumbat gol kedua pasukan pada m-26 perlawanan selain Akmal sendiri memahat nama selaku penjaring dengan menjaringkan gol ketiga Seladang.
Begitupun pemain kelahiran Kedah itu menyifatkan kejayaan pasukan adalah hasil kerjasama sepasukan.
Luahan Perasaan