Presiden FAM dukacita keputusan TMJ letak jawatan
PRESIDEN FAM, Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Tunku Ismail untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam telah meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ berkuatkuasa serta merta.
Baginda kini akan bertindak sebagai penasihat dan penaung PBNJ dan Setiausaha Negeri Johor, Datuk Obet Tawil akan mengambil alih tugas sebagai presiden.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah AFF 2012 di Kuantan pada Rabu malam menyatakan bahawa tindakan Tunku Ismail itu mendukacitakan.
“Saya sentiasa memberi sokongan kepadanya. Jadi saya berdukacitalah dia telah meletakkan jawatan. Saya baru sahaja bersama dengan Sultan Johor di Langkawi. Mungkin saya akan ke Johor pergi mengadap, bertanya khabar.” kata baginda.
Apabila diberitahu bahawa keputusan Tunku Ismail itu dibuat kerana merasa terkongkong dengan peraturan FAM, baginda menjelaskan, tiada siapa di Malaysia yang akan terlepas dari hukuman jika melakukan kesalahan.
“Kita tidak boleh lari dari undang-undang. Kita harus patuhi undang-undang persatuan. Tiada siapa yang terkecuali.
“Saya berdukacita setelah diberitahu dia telah meletakkan jawatan. Saya berharap semoga dia berfikir semula tentang keputusannya itu kerana saya rasa bola sepak Johor perlukannya.
“Saya lihat apabila seorang yang muda sepertinya menjadi presiden, penyokong-penyokong pasukan Johor semakin meningkat.
“Tiada makhluk di dunia ini yang tidak melakukan kesilapan. Jika kita melakukan kesalahan kita harus hadapinya dan terimanya,” jelasnya lagi.
April 4, 2013 - 9:41 am
FAM perlu di bubar segera….artikel 88 perlu pinda….selamatkan bolasepak negara dan pemimpin berwibawa bolasepak…..
presedin; TMJ
T Presidi; anuar.
S/U ; Shahidan….
OK TAk/
April 4, 2013 - 9:50 am
aku pun berdukacita gak sebab dah tak ada bahan nak buat lawak hiii hiiii
April 4, 2013 - 6:37 pm
itulah lu sik kerja nk bahan org je. byk dosa lu bahan dia ni tak pasal2.dia bkn buat salah dgn lu.lu nk bahan buat lawak lu masuk raja lawak la brader.mender lah lu…lol
April 4, 2013 - 10:39 am
Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!
April 4, 2013 - 4:21 pm
dah letak jawatan kata sedih…masa tengah pegang jawatan..dan kena tindakan…tak de pulak kata apa2
April 4, 2013 - 6:46 pm
mmg la sedih,org semangat nk naikkan mutu sukan tmpt sendri.sik kena palu je dek geng2 beruk fam. sapa tak bengang. mmg ramai pun mrh dgn fam skg. letak jawatan tak jauh beza dgn ko nk benti sekolah abis spm. mesti ko pun sedih. tak kan seronok plk. otak kecik bsr tgn kanan nk kasi kecik lg ke?haha
April 4, 2013 - 5:48 pm
tolong jgn tinggalkan kami TMJ..!!!
FAM sile letak jawatan..
April 4, 2013 - 6:41 pm
sbnrnya tgk gaya tmj tawar hati dah tu. dia buat tu salah org pertikai, dia tak buat tu salah pun org pertikai. jd feedup jgk dia. dia buat ni secara gentleman tak perlu ckp byk lg nk jd isu byk2 lg yg byk pihak ley menuding pd dia je. kalo gua pun mmg letak jawatan je sbb boring. sudahlah byk monyet melalak sana sini. jd kita fkr2 lah bersama. org baru mampu bersuara,tp monyet2 byk melalak, org lama dok tgk je takda berani. haha itu sume mkn sampah jela..hihi
April 5, 2013 - 8:46 am
TMJ letak jawatan tapi naik pangkat jadi penaung. TMJ boleh bersuara tanpa kena tindakan FAM lepas ni.Maknanya JDT akan lebih kuat organisasinya.Kau orang tak baca abis la.
April 5, 2013 - 3:07 pm
yer lebih kurang mcm tulah yg nmpk. jd penaung mmg besar lg, leh bersuara tnpa sekatan. rasa TMJ xda masalah sgt dgn denda duit, cuma kerugian bila denda digantung dr terlibat persatuan, lg rugi. bising sikit lg xkena gaya kena taruh denda lg, yg lama xsetel da kena yg baru. mana tahan. baik dia keluar jd penaung je leh pantau. tiga penjuru semenanjung da lauk kitai dgn FAM. utara,selatan,timur.
April 5, 2013 - 5:09 pm
Berlakun jer…..dukacita…tu!!!!
April 5, 2013 - 8:58 pm
Mmg berlakon presiden ni. Dia nk jaga hati sedara mara kat johor je tu. lagipun takde geng diraja yg lain join lg. hahahaha
April 6, 2013 - 9:28 am
seronok le nuar musa
April 8, 2013 - 9:01 am
tak seronok gak sebab kalah saman…