Kelantan diarah bayar RM636 ribu tunggakan gaji Steve Darby

kelantan (kafa) diarah bayar steve darby rm636 ribu tunggakan gaji

Kes Steve Darby vs KAFA (Tuntutan Gaji Tertunggak)

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diarah menjelaskan tunggakan gaji bekas jurulatih, Steve Darby yang berjumlah RM636,000 dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat rasmi yang dikeluarkan FAM.

Sikap berdiam diri KAFA berhubung kes gaji tertunggak Darby yang bermula dari April 2014 sehingga November 2015 mendorong campur tangan badan induk bola sepak negara itu.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain pada Isnin di mana tiada wakil KAFA yang hadir untuk mendengar keputusan di Wisma FAM.

“KAFA perlu bayar penuh RM636,000 kepada pihak Steve Darby dalam tempoh 14 hari surat yang dikeluar FAM dalam minggu ini atau minggu depan,” terang peguambela Darby, Firdaus Datuk Ahmad.

Terdahulu Darby hanya menuntut jumlah RM240, 000 sahaja namun kerana keengganan KAFA menyelesaikan perkara itu lebih awal akhirnya menjerat diri sendiri yang membawa kepada keputusan pembayaran penuh tanpa sebarang pengurangan.

“Sebelum ini pun ada tawaran pihak Steve untuk ambil separuh daripada apa yang dituntut.

“Namun hari ini disebabkan afidavit-afidavit yang diberikan FAM, tuntutan penuh diberikan oleh FAM kepada pihak Steve Darby,”.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>