Pahang perlu waspada ancaman Sime Darby

pahang vs sime darby liga super

“Kami perlu berhati-hati dan tidak boleh leka apabila bertandang ke Selayang, Sabtu ini,” itu reaksi pemain pertahanan Tok Gajah, Zesh Rehman menjelang pertemuan menentang Sime Darby di Stadium Selayang.

Bekas pemain Fulham dan Queen Park Rangers (QPR) itu menganggap pertembungan berdepan pasukan tercorot liga setakat ini tetap tidak boleh dipandang mudah buat mereka.

Menurutnya, tuan rumah pastinya akan memberikan tentangan sengit dan dahagakan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

“Saya anggap ia perlawanan yang sukar kerana lawan terdesak mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

“Saya dan rakan sepasukan kini perlu lebih berwaspada dan tidak boleh lalai dan terjebak dengan kesilapan yang boleh mengundang padah buat Pahang,” katanya.

Pemain berdarah Pakistan itu juga sedia akur mengikuti segala percaturan taktikal pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan dalam memastikan Tok Gajah melakar kemenangan di tempat lawan berkenaan.

Malah pemain berusia 31 tahun itu yang sudah menghasilkan lima gol dalam saingan liga turut di senarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my untuk Julai.

Dan aksi menentang Sarawak di Stadium Darul Makmur pada 8 Julai lalu sebelum liga berhenti rehat, bapa kepada dua anak itu menjaringkan gol pembukaan perlawanan yang menyaksikan kemenangan bergaya 3-1 memihak tuan rumah.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Pahang perlu waspada ancaman Sime Darby

  1. kemenangan 4-2 masih tak selamat buat pahang kerana JDT terus mengekori.. saingan sengit hingga ke hujung liga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>