KAFA tidak berhak tuntut bayaran perpindahan - JK Status FAM

Kes perpindahan Mat Yo ke Johor

FAM tutup kes perpindahan Norshahrul Idlan dengan bayaran RM299,000

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa nilai tebus kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah pun diselesaikan selepas penyerang Johor Darul Takzim FC (Johor DT) itu melunaskan tebus kontrak selama 13 bulan bernilai RM299,000.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak perlu membayar sebarang yuran perpindahan buat Norshahrul.

FAM menjelaskan bahawa Norshahrul telah melangsaikan bayaran penamatan kontrak setahun sebagaimana yang dipersetujui oleh KAFA.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara tersebut dengan memberitahu, Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar tebus kontrak sahaja dan bukannya RM1 juta sebagaimana yang dituntut oleh KAFA baru-baru ini.

Katanya, pemain berusia 26 tahun itu telah pun menjelaskan bayaran penebusan kontrak itu seperti yang dituntut KAFA dan telah selesai sejak 20 November lepas.

Jelasnya, Mat Yo telah dua kali membuat bayaran penebusan kontrak kepada KAFA berjumlah RM299,000 melalui draf bank.

“Bayaran pertama Mat Yo sebanyak RM250,000 diberikan kepada KAFA pada Jumaat lalu dan bayaran kedua berjumlah RM49,000 sehari kemudian. Kami telah mendapat salinan bayaran ini daripada peguam yang mewakili Mat Yo.

“Apabila pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, dia hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.

“Pasukan asal (Kelantan) tidak berhak menuntut bayaran perpindahan dan mereka hanya boleh menuntut tebusan nilai kontrak daripada Mat Yo yang berbaki selama 13 bulan sahaja.

“Justeru, bayaran yang dituntut KAFA tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak sebelah pihak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini, KAFA menuntut Mat Yo melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana dia menamatkan kontraknya bersama Kelantan setahun lebih awal.

Jumlah tersebut dinilai menerusi nilai Mat Yo sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) selama tiga musim berturut-turut (RM300,000), yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000 serta insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung KAFA kerana penaja menarik diri.

“Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain.

“Kami juga tidak akan mengiktiraf sekiranya wujud perjanjian lain antara bekas pemain dengan majikannya tanpa merujuk kepada FAM seperti dalam kes Mat Yo kerana ia di luar bidang kuasa kami,” katanya.

- Kosmo

Related Posts

36 Responses to KAFA tidak berhak tuntut bayaran perpindahan - JK Status FAM

  1. 3 din (midin,judin, takiyuddin) dalam fam sama je tukang kipas raja.

  2. Ape ke bngap sgt fam ni haaaaaaaa

  3. Asal Kelantan ke yg benar jd salah. Walau pn yg benar sdh terang lg bersuluh. Terima kasih FAM, terima kasih mat shah dan kuncu2nya.

    Patik mendoakan semoga tuanku cepat mampus. Terima kasih jg pd Johor pd TMJ. Kalian mmg lanun.

    • Kerana FAM bodoh….. Sebab tulah PBNJ ambil kesempatan… Pbnj tunjukkankan pada kita contoh contoh bodoh FAM pada kita semua. Tahniah Pbnj kerana berjaya perkuda dan perbudakkan FAM

  4. Bagus KAFA! Biar FAM buat kerja sikit..ni duk gonyang kaki, x ambil tahu pasal undang-undang bola sepak moden..

  5. Haha..gile kontrak ade setahun lg xde transfer fee? rugi la kelab camni..apapun syabas taik kucing pada FAM krn kebodohan anda yg amat sgt

  6. bodoh la korang nie

  7. pelik2… masih ada kontrak, player pun bukan free agent lagi boleh direct nego dgn mana2 team. memanglah xleh mintak nilai perpindahan dengan pemain tapi mintak dengan team yang nak guna khidmat dielah,, dlm hal ni JDT. malaysia memang bolehland lah.

  8. ala… KAFA, TSAM, org2 kelantan semua… bersabarlah… Ini lah peraturan paling bodoh sekali. Kalau pun C.Ronaldo asal bermain dengan Kelantan pun, lepas tu Real Madrid nak beli dengan harga 80 juta… FAM bangsat tuh tetap suruh bayar 299,000 jugak.. lagi 79.3 juta…FAMbangsat tuh sebat lah… makanlah duit haram tuh banyak2… bagus… Raja zalim Raja di sanggah Rajagopal di sambung kontark.. puiiihhhhhh…

    • kalo messi harga 100juta… Bayar 299k…. Lagi belen 99.701juta bawak pergi bercuti… Woowwww

      • lepas tuh chelsea nak lantik rajagopal pulak.. tgk lah… amar rohidan, safiq rahim, khryl muhymeen, badrol mesti terpilih punya lah… bangga anak malaysia pertama main kat epl..lepas tuh.. tahun berikutnya…chelsea main div.3…hrmmmm…FAMbangsat…

    • yang FAM kata 299k tu nilai tebus kontrak sebab matyo ada kontrak 13 bulan lagi.. tp mana transfer fee nye untuk player yang masih ada kontrak. transfer fee patut JDT la yang byr pada KAFA.

      • 299k tuh matyo ke yg bayar?? byk duit matyo..mana dia dapat?? kumpul dari kecik ke??

        • mungkin die buat personal loan, 300k. ada lagi baki 1000, boleh open table belanja kawan2 kat restoran singgah selalu (daging tenpayaki situ memang sedap,,hehehe) tepi danga bay tu. gerenti lulus sebab gaji 80k sebulan,,,giler bank xapprove.

          • mula2 tuh xnak approve… pastu mail ngan safiq jd guarantor, payslip 3 bulan(baru kerja dh ade 3 bulan payslip?) bank pun approve ye takk..hahaha

        • aku yang bayar le…

        • Mana ada duit!!!!!! Bini lagi tak de duit. ….. Nak kahwin pinjam duit … Nak beli rumah pinjam duit dgn kafa. Cam nee????

  9. Ni la kebanbanggan yang paling ketara sekali pernah kita dengar dan lihat tentang pengurusan FAM (patutnya FARM). politik xhabis2,bola politik,badminton politik..eh main gasing ajelah kalau nk politik. kalau ada ranking pengurusan paling bengap aku rsa FARM gerenti top paling bawah. lau duit kelab/negeri lain sibuk nk bg 2999 jgk..cer kalau FARM nk debat mtk duit..msti bkn 2999.mau 29999999999. LG BENGAP bila ahli FARM semua kaki kipas dan bukan asal usul player bola. cer tgk pengurusan bola luar? rata2 kita knl adalah legend2. pastu dgn coach yang mcm cikgu sains nk bt eksperimen,eh pergi makmal la gitu.. zaman soh chin aun xde plak aku dgr bt eksperimen..nampk x dsitu kebengapan ketara? payah lau org perasan bgs pgg jawatan,bajet bagus. akhir kata TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH. HIDUP FARMer

  10. Sebab tu masa doa sembahyang jumaat di Kuantan, bila sebut je nama manusia tu dan keluarganya, x hengen anku nak amin kan. Xde keperluan untuk aku amin kan.

  11. bila nak say gudbye kat fam ni. moga cpt mmpus

  12. hahaha TERBAIKLAH JK STATUS FAM….. macamtulah….. TERSERLAH KEBODOHAN PEGAWAI2 FAM… dari atas sampai bawah…. KAK SEMAH x terkejut pun pasal result nie.. dah tahu dah… ader LANUN disebalik FAM… opsss sori… malaslah KAK SEMAH komen banyak2… cuma pesan KAK SEMAH kepada FAM.. pergilah belajar ILMU pasal PENTADBIRAN BOLASEPAK dengan FIFA… bukan dengan orang2 yang x reti pasal bola….

  13. Istilah lanun biasa digunakan untuk mana-mana perompak atau penjenayah yang beroperasi di kawasan laut (Wikipedia). Tapi sekarang perlu ditambah lagi maksud lanun ni, atas darat pun merompak juga.

  14. Bodoh laa Alex Ferguson p byr arsenal 26mil (kalu xsilap)masa beli RVP, patutnya tebus je kontrak mamat tu yg tggal setahun lg - 120k/week x 4week/month x 12months = 5.76mil jer, SAF kena belajar ngan TMJ….

    • tp ferguson xperlu bayar,,, rvp kene byr kat arsenal,,,hahaha pasal nak tebus kontrak die… transfer fee xde,,,,fam boleh masuk maharaja lawak mega…

  15. boleh tuju lagu??

  16. rules for dummies

    peraturan mana lak dorg pakai tu.. hadoi la.. cmne nak maju ni..aku y tak penah blajaq law pun tau gak skit2..

  17. tzm_ranger@yahoo.com

    6t kena kt batang hidung sendiri baru tau langit tinggi rendah. ako harap sangat biar jadi macam t team tuh.buat kat trw boleh .bila trw buat kt t team tau lak melalak kat fam

  18. minta KAFA balas dendam terhadap PBNJ dan FAM..sesi tahun depan beli pemain johor DT yang masih ada kontrak..offer gaji tinggi lagi dari JDT..bayar setahun ja..korban duit untuk buat pengajaran kepada JDT..biar dia rasa apa yang kita rasa..bayar je tebus kontrak tu

  19. ramai org jeles dgn JDT

    mampu ke nak offer gaji lebih tinggi dari JDT bagi..? baik buat bantu majukan negeri korang.. xde lah rakyat korang bersepah mcm sampah kat negeri lain.. muahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>