PBNJ banned akhbar Kosmo?
Pengacara rancangan panas ‘Dengan Izin’ terbitan Astro Arena, Rizal Hashim hari ini memuat naik beberapa posting panas antara lainnya berkaitan insiden gaduh dalam terowong Stadium Larkin dan isu PBNJ memulau (banned) akhbar Kosmo:
“Kalau betul penyokong sejati, desak yang dituduh dalam terowong jawab tuduhan”
Satu lagi posting Rizal Hashim ialah berkait tindakan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan pengurusan JDT yang memulaukan akhbar Kosmo:
“Kalau betul penyokong sejati, desak PBNJ/JDT tarik penggantungan ke atas akhbar Kosmo!”
Sebelum ini akhbar Kosmo membuat laporan dengan tajuk yang menimbulkan kemarahan PBNJ dan penyokong pasukan JDT dan beberapa laporan berunsur negatif membabitkan pasukan Harimau Selatan itu.
Harimau Selatan ‘cakap besar’
PASUKAN berstatus bintang – Johor Darul Takzim 1 (Johor DT 1) – memburu gelaran trebel pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 17 Januari ini.
Sasaran itu bersandarkan kepada barisan pemain yang dimiliki mereka selain prestasi semasa Johor DT 1 yang dianggap antara pasukan pilihan musim ini.
Bagi penolong jurulatih Johor DT 1, Ismail Ibrahim, beliau yakin anak-anak buahnya mampu merealisasikan misi tersebut, apatah lagi Harimau Selatan kini dibimbing jurulatih berkaliber dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jimenez.
Pada masa sama, pertaruhan besar Johor DT 1 membawa bintang Argentina, Pablo Aimar dan Luciano Figueroa dilihat mula membuahkan hasil.
Buktinya, kedua-dua pemain termahal itu masing-masing meledak satu gol ketika membantu Johor DT 1 menang 4-1 ke atas Melaka United FC pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.
Dua gol lagi dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali.
“Dengan dibarisi pemain bertaraf dunia seperti Pablo dan Luciano, serta diperkuatkan lagi dengan kehadiran ramai pemain kebangsaan seperti Safee, Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Safiq (Rahim), saya rasa tidak mustahil kami mampu memenangi gelaran trebel musim ini.
“Pasukan ini dibarisi ramai pemain berkualiti, bermula daripada pemain kesebelasan utama sehingga pemain simpanan.
“Jadi, saya rasa kami memiliki kualiti yang seimbang dalam memberi cabaran pada kempen Liga Super, Piala FA mahupun Piala Malaysia.
“Cuma, apa yang perlu dipastikan ialah semua pemain kami sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi menggalas misi tersebut,” ujar Ismail selepas aksi persahabatan tersebut.
Ismail menambah, barisan pemain JDT 1 ketika ini perlu bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Semua pemain harus menunjukkan prestasi yang konsisten dalam setiap latihan atau permainan sekiranya mahu terus kekal dalam skuad utama.
“Saya rasa ini sesuatu yang bagus kerana persaingan sihat ini mampu memberi impak yang positif kepada pasukan ini. Jadi, sebab itu saya yakin kami mampu menggalas misi trebel ini pada musim ini” ujarnya.
February 23, 2014 - 11:17 am
ayat atah tu x keno admin weh.. ni buke pasal penyokong sejati ko dok, ni pasal penyokong hok cerdik dgn hok bodo.
February 24, 2014 - 8:11 am
Inilah sebabnya ramai yg meluat dgn jdt. Bukan setakat peminat bolasepak. Pengacara astro arena pun nampaknya dah makin ramai dh mula hilang kagum dgn jdt. Cuma bila bercakap dlm tv tu kena kontrol la sikit, tak bleh nk kutuk direct pasukan anak sultan ni. Dalam kes terowong ni ramai yg lebih percayakan azlan johar rasanya.
March 9, 2014 - 10:15 am
ramai ke? aq bdk selangor xmeluat pon… haha, rilek jek kiteowg pergi larkin. pd pandangan aq kalau buang perasaan hasad dengki, xdenye timbul kebencian kat JDT..diorg ok jek.. sal terowong tu semua tunggu jek polis/FAM atau mahkamah bertindak, jangan jd penfitnah klu xde kat situ hanya tgk video.. hehe, hanya berpesan.. kite owg islam
March 9, 2014 - 10:05 pm
Ha..ha… Red giant konon, lps ramai lagilah yg pakai nama berunsurkan pasukan lain spt pahang,perak,perlis,kedah dan banyak lagi untuk menunjukkan kononnya satu malaysia suka jdt. Padahal semuanya budak johor jugak. Bak katanya awie ini semua poyo.
March 10, 2014 - 8:12 am
Tak semua suka la bro..itu hakikat hidup, team lu org pun bukan semua penduduk malaya suka pun..Apapun kalau tak suka kenapa fans kedah sambut johor dengan banner besar kat darulaman???kasi jawapan sketla..yg aku tau sebab dorg dtg larkin disambut elok..fans kedah sendiri cakap..takde konon2..lg pun dorg sgt profesional..lu tiru cakap awie poyo2 tu,weh joe wings tu org muar,nk ganas sket ahli cromok pun org muar,pusing2 pun terselit org johor jgk..profesional la sket bro, kalau lu org selangor, mana kewibawaan lu sebagai fans legend??
March 10, 2014 - 8:15 am
Owg johor turun selayang owg selangor ok jek hari tu. Meriah dowg. Ramai yang tau speaking jawa. Kau apa tau?
February 25, 2014 - 8:35 am
Ini dah memang salah surat khabar ni….walaupun org tu cakap tak serupa bikin,dia salah, janganlah jadi bodoh pulak hambur ayat2 kurang menyenangkan, fikir betul2 ayat tu dgn tajuk cerita…aku pun nyirap kalau org sembang lebat…tp ni org bodoh leh buat tajuk gini sebab fikir la berniaga bkn ayat suka2 macam facebook, org marah memangla org boleh boikot…3juta org johor, kalau 2juta layan bola bengang ngn kosmo, jadi rugi sendiri pulak….bodoh sape editor ni la…termasuk la tv ayat kena berlapik sbb korang tu sumber entertainment masyarakat, bukan orang lepak warung kopi…pada akhbar lain jdkan iktibar dari KOSMO ni…
February 25, 2014 - 11:57 am
ambo baco Sinar Harian hari-hari….
February 25, 2014 - 8:43 am
Lawak aku tengok suh tarik balik banned kosmo kalau penyokong sejati.Dah korang pekena org dorang bannedlah.sape suh buat tajuk tu menjatuhkan dorg.Kosmo tak tarik balik ayat perli tu si rizal suh tarik balik,lepas ni kosmo leh buat lagi kat team lain klu ada yang cakap besar HAHAHAHA.BULSHIT.
February 25, 2014 - 12:52 pm
musnahkan team yang kuat…..
beli player2 top diorang…..
beli juga player import tersohor…..
tahun ni….
JDT 2014 treble!!!! hahahahah…
sukanya beta….
hahahaahaaaaa….
April 17, 2014 - 10:58 pm
Sumber info terkini dan berita sensasi bolasepak Malaysia
Layari http://www.cantikpermainan.blospot.com
April 28, 2014 - 12:28 am
Buat apa nak Treble kalau mencuri pemain pintu belakang, langgar kontraks semata2 nk kan Piala membelakangi undang2 FAM, FIFA… Ciss x gentle langsung
April 28, 2014 - 4:51 pm
Woi cite dah basi woi..hahaha