Johor Darul Takzim benam PKNS
JOHOR Darul Takzim (DT) menepati ramalan apabila mudah menundukkan cabaran Selangor PKNS selepas merakamkan kemenangan 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.
Tiga gol skuad Harimau Selatan itu dijaringkan oleh Safee Sali, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali dan penyerang import sensasi, Daniel Guiza manakala pemain pertahanan PKNS, Mohd. Faiz Mohd. Isa meledak gol sagu hati pasukannya.
Johor DT tidak mengambil masa lama untuk membuka jaringan menerusi tandukan Safee yang menerima hantaran lintang Guiza pada minit ke-18.
Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu yang tampil dengan persembahan bertenaga, hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-35 hasil gerakan solo Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha, namun sepakannya terkeluar daripada sasaran.
Johor DT dilihat semakin garang apabila sering melakukan asakan ke gawang lawan, namun penyudah yang kurang berkesan menafikan mereka untuk menambah jaringan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua, usaha skuad kendalian Fandi Ahmad untuk mengukuhkan kedudu- kan akhirnya berhasil apabila Ahmad Ezrie menjaringkan gol kedua pada minit ke-61.
PKNS kembali bangkit mengatur serangan, namun setiap percubaan mereka mudah dihalang pertahanan Johor DT.
Ketika pasukan berstatus kelab itu terdesak untuk mengurangkan jurang jaringan, Guiza memastikan Harimau Selatan meraih kemenangan bergaya dengan meledak gol ketiga Johor DT pada minit ke-87.
PKNS yang tampil dengan semangat juang tinggi akhirnya berjaya membolosi gawang Johor DT menerusi jaringan Mohd. Faiz pada masa kecederaan, namun keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad mengakui yang kemenangan itu dilihat bakal memberikan suntikan moral buat pemainnya untuk menampilkan aksi lebih bertenaga pada perlawanan akan datang.
“Saya berpuas hati dengan kemenangan ini yang akan menjadi pencetus semangat kepada semua pemain untuk meraih lebih banyak kemenangan selepas ini,” katanya.
Menurutnya, barisan pemain Johor DT sudah mula memperli- hatkan keserasian serta keyakinan diri yang tinggi.
Sementara itu, jurulatih PKNS, Abdul Rahman berkata: “Perlawanan yang cukup sengit tetapi pemain PKNS tidak dapat meningkat prestasi kepada tahap yang lebih baik bagi mengatasi lawan.”
Sementara itu, pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Felda United.
Pendahulu liga, Pahang terus garang apabila mengecewakan Terengganu 3-0 pada aksi yang berlangsung Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Perak pula seri 1-1 dengan Selangor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Lumut, Perak.
- Kosmo
January 23, 2013 - 11:51 am
well done. baik nyee
January 23, 2013 - 12:13 pm
ada 2 team kontroversi dlm malaysia ni 1 jdt, 1 lg team beruk juboq merah, team berok juboq merah asik seri je
January 23, 2013 - 12:32 pm
Tu bukan team kontrovesi. Tu team mintak simpati. Bwk tentera sket, pon da terase. Terase pon bole diperbesar2n. Tp kan, jgn la sebut team lain dlm berita JDT. Ok.Kite mng, Alhamdulillah. Die klh ke seri ke, kite buat x peduli je. Biar orng buat kite, jgn kite buat org
January 31, 2013 - 11:09 am
MU PULAK BAPOK JUBUR MERAH
January 23, 2013 - 12:25 pm
HAHAHAHA…TAK PERNAH DENGAR AKU BENDA MACAM NI..
January 23, 2013 - 1:30 pm
cayalah johor!
January 23, 2013 - 6:46 pm
Meriah dalam sokernet tahun ni peminat2 bola dr selatan pula. Para warga johor yg baik2 belaka.. Peduli kan provokasi. Tumpukan minat anda pd team johor. Jgn kutuk jangan caci, satu sen pun x ada makna. Kalah menang itu biasa. Team johor patut menang dgn barisan player yg hebat. Team kelantan masih terumbang ambing.. Teruskan usaha.
January 29, 2013 - 11:51 pm
jom pakat bawak snapang g stadium….kah kah lawak…tmj cam x pnah masuk staduim lak..
January 24, 2013 - 10:45 pm
Syabas JDT! Dengan barisan player yg ternama pasukan anda sememangnya hebat..tapi perlu di ingat perjalanan masih panjang..teruskan usaha..Buat team TRW buktikan yg kita masih lagi antara pasukan pilihan untuk tahun ini. GKG
January 25, 2013 - 10:34 am
Alhamdulillah….ada sendikit sinar…..saya yakin orang Malaysia memang semuanya bercakap menggunakan otak. Lupakan sengketa mari la kita meriahkan bolasepak tempatan dengan penuh tanggungjawab….jgn buat sesuatu kenyataan yg boleh menyakitkan hati org lain. Takbir!!
January 25, 2013 - 10:38 am
AMBOI SOPANNYER ORANG2 selatan. Menang la katakan… x ada org nak kutok.
January 25, 2013 - 10:39 am
Bagi saya semua team bagus2 blaka….kalah menang team itu…amat la bergantung pd kesungguhan, kesabaran, perancangan Dan takdir yg telah ditentukan oleh Allah.
January 29, 2013 - 11:53 pm
YE KE SMUA TEAM BAGOS …JDT X BAGOS PN.
January 25, 2013 - 10:43 am
Sudah2 la tu….tk perlu la kutuk2 mna2 team….beri la sokongan penuh pd liga tempatan.
January 30, 2013 - 3:51 pm
stadium takde penonton pong..
January 31, 2013 - 11:14 am
KITA TGK AJALAH MAMPU TAK JDT MENANG PIALA TAHUN NI… KALU TAK MENANG LEH BUNGKUS WAT PEKASAM LER. YANG KESIAN PEMAIN TEMPATAN JOHOR MEREMPAT DINEGERI ORANG LAIN…. JOHOR2 ANAK KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK SENDIRI BUI SUSU GETAH… KECIAN WARGA JOHOR NAK SANGAT PIALA… BELUM TENTU DAPAT… KECIAN KECIAN….
January 31, 2013 - 3:50 pm
24 pemain HM yang dipilih oleh Rajasugopal…tiada seorangpun pemain kelahiran JOHOR,oleh itu anak-anak JOHOR….Lu fikir ler sendiri!!!!!!
February 2, 2013 - 12:45 am
kenapa mesti ada rasa iri or dengki kt johor…inikan bilasepak…cuba fikir yg positif…mende la lu org