Kedudukan Kumpulan Piala Malaysia 2010
SAINGAN Piala Malaysia 2010 menyaksikan juara bertahan, Negeri Sembilan berdepan tugas getir apabila diundi satu kumpulan dengan finalis musim lalu, Kelantan dalam Kumpulan A bersama-sama dua pasukan kelab, KL Plus dan Selangor PKNS.
Sementara Selangor yang baru dinobat selaku Juara Liga Super 2010 pula bakal disaingi Juara Liga Perdana, Felda United dalam Kumpulan D.
Dua lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan ialah Perlis dan T-Team.
Pasukan tangga ketiga Liga Super, Terengganu menjadi pilihan dalam Kumpulan B apabila diundi bersama Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah.
Bekas juara treble dua tahun berturut-turut, Kedah akan bersaing dengan Perak, Johor FC dan ATM dalam Kumpulan C.
Carta Kedudukan Kumpulan Piala Malaysia 2010 | Jadual Piala Malaysia 2010
Luahan Perasaan