Hardi: Kawalan keselamatan longgar cetus pergaduhan
LABEL ‘budak jahat’ yang dilemparkan kepada Mohd Hardi Jaafar ingin segera dikikis pemain tengah Felda United itu yang mengaku mendapat pengajaran selepas dikenakan hukuman penggantungan lima perlawanan dan denda RM5,000 atas kesalahan menceroboh tempat penonton dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan pada 21 Januari lalu.
Bekas pemain kebangsaan itu serta rakan sepasukan Mohd Firdaus Fauzi didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak di Wisma FAM, selama lima jam, semalam.
Hardi yang turut digantung enam perlawanan tahun lalu ketika beraksi bersama Selangor pastinya lega dengan keputusan itu selepas satu lagi pertuduhan, cubaan menyerang penonton digugurkan.
“Saya bersyukur kerana hanya disabitkan bersalah dengan satu pertuduhan selepas pertuduhan menyerang penonton digugurkan. Hukuman ini satu pengajaran cukup baik buat saya dan saya menerimanya dengan reda,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perbicaraan.
Turut hadir pada sesi perbicaraan itu, penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad dan penolong pengurus, Faisal Zakariah yang turut memberikan keterangan sebagai saksi kejadian.
Mengulas insiden panas itu, Hardi, 32, berkata, dia bertindak memasuki kawasan penonton selepas melihat Hamsani dibaling dengan botol oleh salah seorang penyokong Negeri Sembilan.
“Ketika menuju ke bilik persalinan, saya melihat Hamsani dibaling dengan botol, bagi saya mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kerana pasukan Negeri Sembilan menang. Saya berasa kawalan keselamatan di stadium malam itu agak longgar, jika tidak perkara itu tidak akan terjadi,” katanya yang turut dilayangkan kad merah di penghujung perlawanan kerana berbalah dengan pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona.
Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu menyaksikan tuan rumah menang 1-0 selain turut beraksi dengan 10 pemain kerana S Kunanlan dibuang padang.
Sementara itu, Faisal berkata, mereka tidak akan mengemukakan rayuan memandangkan Hardi dan Firdaus terlepas daripada hukuman penggantungan perlawanan sepanjang musim dan didenda sehingga RM25,000.
“Kami bernasib baik kerana pertuduhan kedua digugur, jika tidak mungkin hukuman lebih berat dikenakan. Saya fikir ini pengajaran cukup baik untuk kedua-dua pemain itu serta pemain lain. Kami juga sedia membayar RM2,287 kepada FAM sebagai kos perbicaraan ini,” katanya.
February 28, 2012 - 2:30 pm
jgn carik alasan yg kwalan keselamatan lemah punca pergaduhan..
sifat x profesional ko tu yg jd punca..
lepas game bile nak naek bas ko siap provoke penyokong n9 ag..
apada..
February 28, 2012 - 9:43 pm
Yg aku pelik, penyokong yg menangg pun buat hal jg. Mcm kes di Mesir aje..
February 29, 2012 - 10:20 pm
security punca pergaduhan? haha haha haha saya ada distadium,duduk dkt vip grandstand kalau wisel dah ditiup tamat 90minit, apa HAK nak sepak kaki player lain? langsung takde kena mengena dgn kelonggaran keselamatan la hardi itu puncanya!! mengaku je la ALLAH saksi semuanya ;D
March 3, 2012 - 11:21 pm
memang bangsat tul la hardi botak gampang tu…botak tua rongak ni patut diajar cukup2…tak profesional langsung…main cam hampeh..suka buat kacau….rugi je duit rakyat dan org felda bayar gaji dia….
March 4, 2012 - 6:13 am
kalau nak komen , sila buat komen membina . Jangan kutuk peribadi orang. Macam mina nak membina bangsa Malaysia kalau perengai buruk macam kau. masyaallah
March 4, 2012 - 11:30 pm
haha.. gaduh r korang…
March 4, 2012 - 11:22 pm
~yg pasti, N9 dh mgalami 3 kekalahan bturut2.. hak3..
March 8, 2012 - 7:41 am
disebabkn ke ego an peminat N9 mengalami kemerosotan..
March 16, 2012 - 3:46 pm
memang bangsatttttt pun……takde komen yg membina utk player bangsat macam ni….gantung but la wooo