Pahang tidak boleh tewas

PAHANG tidak akan menyerah kalah jauh sekali berputus asa meskipun tumbang di arena sendiri kepada Harimau Muda A, 2-0 pada saingan Liga Super yang bakal berakhir bulan depan.

Pengendalinya, Dollah Salleh mahu anak buahnya bekerja keras pada baki satu perlawanan menentang Kedah yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 6 Julai ini.

“Kami sudah mencuba pelbagai cara, termasuk menurunkan pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti R Surendran dan Mohd Faizol Hussin, namun mereka gagal mempamerkan aksi sebenar pada pertemuan itu,” katanya.

Beliau turut memuji aksi pemain Harimau Muda yang mendapat suntikan semangat setelah menewaskan Lubnan, baru-baru ini.

“Kualiti pemain mereka lebih baik berbanding pasukan Tok Gajah. Kami bermain dalam keadaan tertekan, bahkan gagal memanfaatkan peluang di depan mata. Kesudahan, tiada penyudah yang baik,” katanya.

Related Posts

4 Responses to Pahang tidak boleh tewas

  1. selamat datang ke liga perdana…

  2. hahahhahahahahahhahah

  3. dah agak dah sultan pahang nyaya selangor pkns..x caya tgk nanti

  4. tak payah berharap lah pahang..sah2 sultan pahang akan selamat kan korang mcm tahun lepas and dah banyak kali dah..nak nyaya kan pkns selangor dan sarawak je..x da semangat kesukanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>