Jualan tiket final Piala FA 2012 laris
Kelantan vs Sime Darby - FINAL Piala FA 2012
KEHANGATAN pentas Piala FA kian terasa dalam kalangan peminat pasukan Sime Darby apabila hampir 11,000 habis dijual di Wisma Sime Darby, hari ini.
Penolong pengurus Sime Darby, Zainal Amaat berkata 10,000 tiket diperuntukkan khas kepada kakitangan manakala selebihnya dibuka kepada orang awam.
“Memandangkan kali pertama melangkah ke final, sambutan hebat The Giant Killer amat menggalakkan dimana ada dalam kalangan mereka yang membuat tempahan secara online.
“Manakala agihan tiket kepada kakitangan Sime Darby pula dibuat pada hari ini,” kata Zainal.
Tambah Zainal, kaunter bagi jualan pasukan Kelantan pula dibuka jam 2 petang dengan menghadkan satu pembeli hanya lima keping tiket sahaja.
“Kita mengambil pendekatan ini bagi mengelakkan tiket itu dimonopoli oleh seorang individu tertentu sahaja.
“Walaupun mengalami sedikit rungutan daripada segelintir peminat Kelantan yang datang dari jauh bagaimanapun mereka tetap memberikan kerjasama yang baik kepada kami,” kata Zainal ketika ditemui di kaunter jualan tiket Piala FA, hari ini.
Zainal turut menjelaskan kaunter jualan jersi pasukan dan penyokong Sime Darby turut dijual bagi menyemarakkan semangat kepada pemain-pemain pada perlawanan itu nanti.
“Saya harap peminat yang datang di Stadium Bukit Jalil nanti akan memakai jersi tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan,” tambah Zainal.
Sime Darby mencipta sejarah dalam kancah bola sepak negara apabila menjadi pasukan selaku berstatus kelab yang pertama melayakkan diri ke final selepas menundukkan juara bertahan, Terengganu pada aksi separuh akhir bulan lepas.
Sime Darby akan bertemu Kelantan 19 Mei ini dengan kedua-dua pasukan memasang impian untuk memburu gelaran juara buat kali pertama. — Sinar Harian
May 15, 2012 - 5:13 pm
sime darby 15 ribu - kelantan 65 ribu
May 16, 2012 - 3:47 pm
Kakitangan sime darby yang beli tiket tu ramai FAN The Red Warriors…
May 16, 2012 - 4:28 pm
Kau dipaksa, aku terpaksa……..
May 16, 2012 - 6:26 pm
Supo goreng pise panah jah tiket ni,x leh lawe red warriors blako,kalu tiket 90 rbu pun hbs jgak,mhal mahal pun go more.steady sex kto.