CHELSEA mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Birmingham City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Andrews sebentar tadi.

Jaringan tunggal Lee Bowyer pada minit ke-17 sudah cukup buat Birmingham untuk mengutip tiga mata penuh, sekaligus keluar dari zon penyingkiran untuk menduduki tangga ke-12 liga.

Sekalipun tewas, Chelsea masih mampu menerajui carta liga dengan kelebihan jaringan ke atas pencabar utama, Manchester United yang menewaskan Wigan 2-0 di Old Trafford.

Manakala Arsenal melepas peluang terbaik untuk berkongsi kedudukan teratas selepas tewas 2-3 kepada kebangkitan Tottenham dalam aksi di Stadium Emirates.




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (0)