Satu gol cukup buat City kembali teratas liga
Aston Villa 0-1 Manchester City
MANCHESTER City kembali menduduki takhta Liga Perdana Inggeris selepas menang tipis 1-0 ke atas tuan rumah, Aston Villa di Villa Park, awal pagi tadi.
Jaringan tunggal City diperoleh menerusi Joleon Lescott pada minit ke-63, sekali gus merampas kedudukan teratas liga daripada Manchester United dengan kelebihan dua mata.
Villa pula terus menerima nasib malang dengan tujuh perlawanan di gelanggang sendiri tanpa kemenangan, iaitu rekod terburuk kelab itu dalam saingan liga.
City memulakan perlawanan di Villa Park dengan hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan di padang lawan, dan juga telah menyaksikan United mengatasi mereka di puncak liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di Old Trafford.
Bagi Villa pula, keputusan itu telah menambah kepada rekod lima kekalahan dan dua keputusan seri dan akan menyebabkan kembimbangan untuk pasukan Alex McLeish yang menghampiri zon penyingkiran.
Pengurus Villa itu juga telah menjadi sasaran tunjuk perasaan dengan hanya 100 para penyokong yang hadir.
Terdapat juga beberapa banting yang menyatakan “Peluang McLeish sudah tamat” dan sorakkan “kamu akan dipecat pagi ini.”
Separuh masa pertama amat membosankan dari pemandangan Villa dengan hanya satu peluang dari tandukan Richard Dunne dari tendangan percuma Stiliyan Petrov yang diselamatkan dengan senang oleh Joe Hart.
Separuh masa kedua pula bermula dengan rentak yang sama dengan City menguasai perlawanan dan akhirnya menjaringkan gol pada minit ke-63 dengan pemain pertahanan Joleon Lescott menjaringkan gol ketiganya musim ini.
James Milner mengambil tendangan sudut dan Gareth Barry memberi bola kepada Lescott yang telah merembatnya masuk.
Villa mempunyai dua peluang selepas minit ke-75 tetapi tidak mampu menyamakan kedudukan.
Aston Villa vs Manchester City [0-1] Liga Perdana Inggeris
Luahan Perasaan