Stoke City ikat Chelsea 1-1
HARAPAN Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan EPL kian malap apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Stoke City lewat malam tadi.
Jon Walters meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-8, tetapi Didier Drogba menyamakan kedudukan pada minit ke-33 melalui tandukannya.
Usaha The Blues untuk menambah jaringan bagi membawa pulang tiga mata penuh tidak kesampaian dan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.
Kutipan satu mata itu meletakkan Chelsea ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga Manchester United dan saingan liga kini hanya berbaki lapan dan tujuh perlawanan.
Terdahulu Manchester United bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menang 4-2 ke atas West Ham menerusi ledakan hatrik bintang penyerangnya, Wayne Rooney.
Satu lagi pesaing gelaran EPL, Arsenal beraksi menentang Blackburn di Stadium Emirates dalam aksi lewat tengah malam.
Luahan Perasaan