Arsenal terus kempunan trofi
ARSENAL terus kempunan trofi selama enam tahun selepas tumpas 1-2 kepada Birmingham pada aksi final Piala Carling (Piala Liga England) di Stadium Wembley, awal pagi tadi. [LIHAT VIDEO & FOTO]
Ia adalah trofi utama kedua Birmingham selepas 1963 apabila mendakap trofi sama pada tahun berkenaan.
Gol kemenangan Birmingham diperoleh menerusi gol lewat oleh pemain gantian, Obafemi Martins pada minit ke-89.
Birmingham memperoleh gol awal menerusi Nikola Zigic pada minit ke-28 tetapi pemain antarabangsa Belanda, Robin van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke-39.
Kekalahan itu bermakna kali terakhir Arsenal mendakap trofi kejuaraan ialah pada 2005 apabila mengalahkan Manchester United bagi kejuaraan Piala FA Inggeris.
Arsenal masih bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara Eropah dan Piala FA.
Luahan Perasaan