Liverpool tewaskan Chelsea 2-1
GLEN Johnson muncul wira pasukannya apabila meledakkan gol kemenangan ketika permainan hanya berbaki tiga minit bagi membolehkan Liverpool melakar kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Liverpool yang mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama berjaya mendahului perlawanan selepas 33 minit menerusi Maxi Rodriguez namun Chelsea menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Daniel Sturridge.
Perlawanan di Stamford Bridge itu dilihat hampir pasti seri sehingga Johnson berjaya mencari ruang di bahagian kanan untuk meneruskan larian ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan rendah di penjuru jaring lawan.
- Keputusan EPL: Chelsea 1-2 Liverpool
November 21, 2011 - 10:54 am
x de video ke???