Mancini sudah rasai tekanan

Barisan bintang Manchester City gagal menyerlah aksi sulung

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini mula terasa bahang tekanan apabila skuad kendaliannya tidak bermain seperti yang diharapkan.

City hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Tottenham Hotspurs meskipun mereka telah berbelanja besar untuk membeli pemain baru musim ini.

Terdesak dengan situasi berkenaan, pengendali dari Itali itu merayu kepada penyokong City supaya bersabar bagi membolehkannya mencari gandingan terbaik dalam tempoh sebulan ini.

Ketika penjaga gol, Joe Hart melegakan seketika nasib Mancini menerusi kecemerlangan menyelamatkan City daripada kalah kepada Spurs kelmarin, ternyata kehadiran pemain baru seperti Aleksandar Kolarov, Yaya Toure dan David Silva jelas tidak membawa impak besar.

“Kita masih tidak dapat menggunakan khidmat empat atau lima pemain tonggak ketika ini. Jadi, perlu tiga atau empat minggu lagi untuk bersama membentuk persefahaman mantap,” katanya.

Kenyataan Mancini itu mungkin merujuk kepada kehadiran Mario Balotelli (Inter Milan) yang baru sahaja menyertai City di samping James Milner (Aston Villa) yang mana sedang diusahakan proses perpindahannnya.

Begitupun Hart berjaya mencuri tumpuan Mancini yang masih bermasalah membentuk kubu mantap di bahagian pertahanan yang kerap bocor seperti musim lalu.

“Namun saya masih berharap seorang lagi penjaga gol kami, Shay Given dapat terus kekal bersama City untuk memberikan saingan sihat kepada Hart memandangkan ada empat pertandingan berbeza bakal dilalui,” tegasnya.

Begitupun perlawanan menentang Spurs kelmarin belum menjamin kedudukan Mancini daripada terselamat kerana hanya masa bakal menentukan nasibnya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>