Manchester United juara EPL kali ke-19
Manchester United muncul juara EPL 2010/2011 selepas ikat Blackburn
MANCHESTER United memecah rekod gelaran Liga Perdana Inggeris yang dipegang bersama Liverpool sebelum ini, apabila merangkul trofi liga ke-19 selepas mengutip satu mata yang diperlukan apabila seri 1-1 dengan Blackburn malam ini.
Setelah mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford minggu lalu, United tidak mempersia-siakan peluang untuk hanya memerlukan seri ketika bertemu Blackburn malam ini untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19.
United bagaimanapun terpaksa mengejar dari belakang apabila Blackburn mendahului 1-0 pada minit ke-20 sebelum jaringan penalti Wayne Rooney minit ke-73 membolehkan United mengikat tuan rumah 1-1.
United dikatakan kurang mantap musim ini jika dibandingkan dengan skuad- skuad juara terdahulu yang pernah dibimbing Ferguson sepanjang tempoh 25 tahun lalu.
Namun bagi pemain veteran United, Ryan Giggs yang merupakan satu-satunya pemain yang menjadi anggota pasukan United sepanjang memenangi 11 kejuaraan di bawah Ferguson, mereka langsung tidak terjejas dengan kritikan tersebut.
“Secara jujur, ia langsung tidak mengganggu fokus kami. Memang kami akui sepanjang separuh pertama musim ini, kami tidak beraksi dengan baik tetapi masih mampu meraih keputusan cemerlang.
“Pada saingan pusingan kedua musim ini iaitu selepas perayaan Krismas, kami mula mempamerkan aksi yang lebih baik dan ia diiringi keputusan yang baik.
Luahan Perasaan