Liverpool, Manchester City terikat 2-2

Liverpool vs Manchester City
Liverpool vs Manchester City

Kesilapan hantaran belakang Martin Skrtel ragut 3 mata Liverpool

LIVERPOOL terlepas tiga mata penuh selepas kesilapan hantaran belakang oleh Martin Skrtel pada minit ke-80 memberikan gol penyamaan yang disempurnakan Carlos Tevez dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi ini,

Liverpool beraksi dengan lebih baik selepas tewas 3-0 kepada West Brom pada perlawanan pertama minggu lepas.

Martin Skrtel menjaringkan gol pertama untuk Liverpool dan kemudian Yaya Toure menjaringkan gol penyamaan.

Kebangkitan semula City selepas ketinggalan 1-0 telah menafikan kemenangan pertama Brendan Rodgers dengan Liverpool.

Liverpool menguasai perlawanan dengan aksi hebat oleh Raheem Sterling yang diturunkan buat pertama kalinya dalam liga. Joe Allen juga mantap.

Mario Balotelli digandingkan dengan Tevez di hadapan tetapi kurang menyerlah.

Percubaan pertama City adalah apabila sepakan percuma Kolarov tepat kepada Jose Reina sebelum Pablo Zabaleta mengadakan serangan balas.

Martin Skrtel berjaya menjaringkan gol pertama Liverpool dari tendangan sudut Steven Gerrard.

Keputusan kekal dengan Liverpool 1-0 di hadapan pada tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Yaya Toure berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Liverpool tidak berputus asa dan bangkit semula dengan sepakan penalti hebat dari Luis Suarez.

Namun, kesilapan oleh Martin Skrtel yang menghantar bola ke belakang telah membenarkan Carlos Tevez menjaringkan gol kedua untuk Manchester City.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to Liverpool, Manchester City terikat 2-2

  1. Aku tgk game ni. Liverpool hampir menang dah. Tapi skrtel buat hal. Adoyai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>