Arsenal 4-1 Tottenham

ARSENAL melepasi halangan pusingan ketiga Piala Liga England (Piala Carling) dengan menewaskan Tottenham 4-1 di White Hart Lane awal pagi tadi.

Bagaimanapun Arsenal dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Tottenham, apabila diikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar dan hanya mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat selepas menjaringkan tiga gol pada masa tambahan 30 minit.

Kedua-dua pasukan menurunkan sebahagian besar barisan simpanan pada perlawanan berkenaan. Arsenal terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi Henri Lansbury sebelum Robbie Keane menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit keempat babak kedua bersambung.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan apabila tiada tambahan jaringan sehingga perlawanan sebenar tamat.

Nasib nyata memihak kepada barisan The Gunners apabila berjaya menjelmakan tiga gol masing-masing dua menerusi Samir Nasri (m-92, 96) dan satu lagi gol menerusi pemain gantian, Andrei Arshavin pada minit ke-105.

Dalam aksi lain, Everton dan Bolton tersingkir di pusingan ketiga kepada kelab divisyen bawah.

Everton tewas menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 kepada Brentford selepas perlawanan sebenar berakhir dengan keputusan 1-1.

Bolton pula tewas 0-1 kepada Burnley menerusi jaringan tunggal Wade Elliott pada minit ke-45.




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)