AC Milan benam Arsenal 4-0
AC Milan vs Arsenal | UEFA Champions League
Liga Juara Eropah 2011/2012
AC Milan 4-0 Arsenal
KELAB gergasi Itali, AC Milan menghampiri saingan ke suku akhir Juara-Juara Eropah apabila membenam kelab Inggeris, Arsenal 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua di San Siro, awal pagi tadi.
Gol disumbangkan oleh Kevin-Prince Boateng pada minit ke-15, dua lagi menerusi Robinho pada minit ke-38 dan minit ke-9 manakala penalti Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan bergaya Milan untuk gol keempat pada minit ke-79.
Ini bermakna pada perlawanan kedua nanti di Stadium Emirates dalam masa tiga minggu lagi, kehadiran Milan dilihat hanya sebagai memenuhi syarat pertandingan sahaja.
Malah, kehadiran Thierry Henry untuk aksi terakhirnya sebelum kembali ke New York Red Bulls gagal mencetuskan inspirasi kepada anak buah Arsene Wenger.
Kekalahan besar Eropah Arsenal sesuatu yang sukar untuk ditelan tetapi Arsene Wenger mesti menaikkan semangat pasukan semula untuk pertemuan Piala FA pusingan kelima dengan Sunderland Sabtu ini sebelum bertemu Tottenham bagi perlawanan Liga.
“Kami seolah-olah tidak berada di padang. Aksi kami amat teruk sama ada di bahagian serangan atau pertahanan.
“Ia amat memilukan apabila kelemahan di mana-mana saja. Ia adalah persembahan terburuk kami di Eropah setakat ini,” kata Wenger.
Milan tidak pernah menang perlawanan sebelum ini dengan kelab England dan mereka disingkirkan oleh Tottenham di pusingan kedua musim lepas.
Namun, pendahulu Serie A itu kelihatan berbahaya sejak perlawanan dimulakan berbanding Arsenal.
February 16, 2012 - 12:57 pm
kitorang mau video….