Liga Juara Eropah: Borussia Dortmund singkir Malaga

Borrusia Dortmund 3-2 vs Malaga Liga Juara Eropah
Borrusia Dortmund 3-2 Malaga | Liga Juara Eropah

Borussia Dortmund melengkapkan sentuhan cemerlang apabila meraih dua gol pada minit akhir perlawanan untuk menumpaskan Malaga 3-2 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun pada perlawanan suku akhir kedua awal pagi tadi.

Ketika ketinggalan 2-1 sebaik masa tambahan tiga minit diberikan, Dortmund menyamakan kedudukan menerusi Marco Reus tetapi Malaga masih memiliki kelebihan satu gol ketika itu.
Bagaimanapun, itu semua berubah apabila Felipe Santana menjaringkan gol pada keadaan seperti ofsaid berikutan pergelutan di mulut gol sekali gus menggembirakan penyokong tuan rumah.

“Saya fikir saya perlu berjumpa doktor. Saya rasa seperti kami sudah menang trofi.

“Pembantu saya dan saya saling berbalas pandangan dalam keadaan terkejut di dalam bilik persalinan dan berkata ini adalah sesuatu yang gila. Ini adalah perasaan paling gembira pernah saya rasai,” kata jurulatih Dortmund, Juergen Klopp.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>