Khairul Fahmi dilantik duta 100Plus
Khairul Fahmi Duta 100Plus
PENJAGA gol nombor satu Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau popular dengan gelaran Apek dilantik duta terbaru produk minuman tenaga, 100Plus pada satu majlis di ibu negara hari ini.
Pelantikan Khairul Fahmi selama dua tahun sebagai duta produk itu menyaksikan wajah beliau dipaparkan dalam semua iklan 100PLUS bermula dengan Kempen Ramadan dan Hari Raya 100PLUS yang berjudul ‘Sentiasa Cergas di Bulan Mulia ini’.
Khairul Fahmi merupakan atlet kebangsaan keempat yang dilantik menjadi duta syarikat minuman tenaga itu selepas penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Sali, penerjun kebangsaan Pandelela Rinong dan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.
Penolong Pengurus Besar, Brand Marketing F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Jenny Wong berkata Khairul Fahmi dipilih oleh syarikat minuman tenaga itu berdasarkan pencapaian beliau dalam membantu skuad bola sepak kebangsaan termasuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010 di Indonesia.
“Dia merupakan atlet yang bersemangat untuk mengejar kejayaan dan menepati slogan yang digunakan oleh 100plus iaitu ‘Atasi Segalanya’.
“Kami percaya beliau adalah role model yang baik bagi mereka yang mahu menjalani gaya hidup aktif,” katanya.
Khairul Fahmi @ Apek Duta 100Plus
July 16, 2012 - 10:18 pm
1) puma
2) tune talk
3) happy
4) maxis
5) 100 plus
July 24, 2012 - 7:21 pm
tulo tamboh MAMEE sow lg
July 16, 2012 - 10:45 pm
apek….pitih mu banyok…gi la jupo pakar gigi taruk braces…hehhehe….
July 18, 2012 - 2:18 am
haha..betul2..gigi tu pon aset jugok..
July 16, 2012 - 11:42 pm
gi umrah nuh dulu..doa supaya dimurah kan rezeki bohhh..elak musibah dan mcm2 lg kalau Allah nk duga..
dunia dgn akhirat kena sama cemerlang..
July 16, 2012 - 11:55 pm
Hang kahwin dulu la Apex..selamat dunia dan akhirat…
July 17, 2012 - 9:35 am
kemah demo apek..
July 17, 2012 - 11:06 pm
mmm rezeki mu Apek..beringat sikit masa mudo ni..
gomo kelate gomo..
gomo QPR dan AFC nanti..kelate buleh sokmo!!!