Rajagobal terap ‘ramuan serangan’
BIARPUN sekadar perlawanan persahabatan, Datuk K Rajagobal merancang mengetengahkan ramuan serangan ketika melayani kunjungan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jika sebelum ini pasukan negara sering berdepan kesukaran bagi mengaturkan perlawanan ujian untuk menghadapi sesebuah kejohanan, kali aksi bertemu himpunan bintang dunia sudah terbentang di depan mata.
Malaysia yang layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 bakal bertemu Singapura pada 23 haribulan nanti sebelum menanti kunjungan pasukan Kota Singa itu lima hari kemudian.
Maka tidak hairanlah K. Rajagobal akan menggunakan kesempatan ini untuk menguji pemainnya selain mencari ramuan baru bagi mengembalikan rentak permainan yang lebih meyakinkan selepas aksi longlai bertemu Taiwan sebelum ini.
Mengakui tidak memiliki sebarang pengetahun mengenai corak permainan Harimau Malaya, pengakuan jujur itu seharusnya menyuntik motivasi buat pemain negara untuk melakar kejutan.
Apatah lagi Malaysia pernah menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 1975 hasil jaringan Mokhtar Dahari.
Tambahan pula, Arsene Wenger merupakan seorang pengurus yang gemar dengan bakat muda. Faktor ini seharusnya menjadi platform untuk pemain negara memberikan persembahan terbaik mereka jika diberi peluang.
Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Malaysia adalah pada 1999 yang mana mereka menewaskan skuad kebangsaan 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Emmanueal Petit.
July 13, 2011 - 12:00 am
bagus2.,mainlah dengan corak malaysian football pasti berjaya
Pingback: Sokernet » Sukan SEA: Misi pertahan pingat emas » GoldSilverBoom