EPL: Liverpool jatuh ke tangga 19

LIVERPOOL tewas 2-0 kepada Everton dalam pertarungan Merseyside ketika gergasi bola sepak Inggeris itu memulakan era baru dengan kehampaan.

Gol oleh Tim Cahill dan Mikel Arteta dalam setiap babak permainan memberi mata penuh kepada Everton yang melonjak ke tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool terus terbenam ke tempat kedua tercorot.

Dengan pemilik baru dari Amerika Syarrikat, John W Henry, menyaksikan perlawanan itu di Goodison Park, Liverpool gagal menjelmakan kemenangan yang diharapkan selepas drama perundangan yang berakhir dengan pengambilalihan kelab itu.

Kekalahan itu bermakna pasukan Roy Hodgson hanya meraih enam mata daripada lapan permainan musim ini, satu petanda betapa sukarnya cabaran yang dihadapi Henry dan kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>