Perlawanan penentuan buat Manchester United, City
Manchester United vs Everton 22.04.2012
Manchester City vs Manchester United
Stadium Etihad, LIVE Astro 812
3.00 pagi, 1 Mei 2012
ALEX Ferguson membawa Manchester United ke alam bola sepak yang penuh membimbangkan walaupun penuh dijulang kejayaan.
Kini, pengurus veteran itu digesa melakukan sesuatu keajaiban dalam apa yang disifatkan sebagai pertarungan antara dua jiran yang mampu mencetuskan pertarungan paling sengit di Manchester.
Isnin depan, bertempat di Stadium Etihad, ia bukan gelanggang bagi peminat yang lemah semangat.
United kini hanya mendahului persada Liga Perdana England dengan kelebihan tiga mata menyusuli keputusan seri 4-4 dengan Everton di Old Trafford dan City pula menang 2-0 ke atas Wolves.
Awal dari itu, United keciciran lima mata dan kembali mendahlui liga dengan kelebihan lapan mata pula.
Kini, siapa juga muncul sebagai pemenang pada pertarungan Isnin depan akan mendahului persaingan ke garisan penamat dengan perlawanan musim ini hanya berbaki dua sahaja.
Ferguson berkata: “Terdapat jangkaan daripada City bahawa mereka akan menjadi penentu (kedudukan juara) tetapi, buat ketika ini, kami juga boleh menjadi penentu.
“Kami telah memberi mereka inisiatif, tidak perlu dipertikaikannya.
“Ini akan membuat pertarungan di Etihad lebih penting.
“Mungkin ia menjadi penentunya.
“Kami menimpakan kesukaran ke atas diri kami sendiri, seperti yang lazim kami lakukan, tetapi kami akan ke sana dengan yakin bagi mendapatkan keputusan yang kami mahu.”
Kejayaan City di padang Wolves turut bererti mereka masih boleh menghidu mahkota Liga.
Jika City, yang kini memiliki kelebihan enam gol, dapat mengalahkan United di Etihad, mereka bakal menjulang mahkota kejuaraan, itu pun jika United gagal menambah jaringan golnya.
“Kami memerlukan keputusan yang baik di Etihad - tidak ada jalan lain.
“Kami perlu mempertingkat permainan. Tiada sebab mengapa kami tidak boleh melakukannya,” kata Ferguson. — Agensi
April 27, 2012 - 5:15 pm
I’m sure and I’m really sure MU can beat MC at Etihad Stadium……