Piala FA: Sunderland singkir Arsenal

Sunderlan vs Arsenal FA Cup 2012
Sunderland vs Arsenal FA Cup 5th Round

Sunderland 2-0 Arsenal
Piala FA England (Pusingan Ke-5)

ARSENAL sekali lagi bakal mengakhiri musim ini tanpa sebarang trofi setelah disingkir dari Piala FA dalam pusingan kelima di Sunderland.

Perlawanan berkenaan hanya tiga hari selepas pasukan Gunners kalah 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan AC Milan.

Sunderland menjaringkan gol pembukaan melalui voli Kieran Richardson lima minit sebelum masa rehat tetapi tidak seperti seminggu lepas, anak buah Wenger tidak mampu bangkit sebaliknya dihukum menerusi gol sendiri Alex Oclade-Chamberlain pada minit ke-78 untuk jaringan kedua tuan rumah.

Wenger menyertakan Gervinho selepas pemain itu tiba dari Piala Afrika sementara Oxlade-Chamberlain dan Lukasz Fabianski adalah antara perubahan yang dibuat selepas kekalahan di Milan.

Masalah kecederaan kepada barisan pertahanan yang sudah pun kehilangan Laurent Koscielny dan Per Mertesacker, bertambah dengan kecederaan pada Francis Coquelin pada minit ke 10 dan Sebastien Squillaci terpaksa dimasukkan.

Lapan minit selepas masa rehat Wenger menggantikan Squillaci dan Ramsey dengan Tomas Rosicky dan Theo Walcott.

Alex Song kembali ke barisan pertahanan dan Walcott di posisi penyerang tetapi gagal menyekat gerakan Sunderland yang lebih mengancam.

Related Posts

One Response to Piala FA: Sunderland singkir Arsenal

  1. Season 2012 susah Arsenal 3 player utama dh xda, fabregas, nasri dgn wilshere..lalu hilang kreativiti midfield..game pun senang diramal..harap van persie sorg jak score..boring eh. xpa, thn tok concentrate Super League M’sia jak…haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>