Enggan bersalam: Luis Suarez minta maaf
Luis Suarez dan Patrice Evra
PENYERANG Liverpool, Luis Suarez telah meminta maaf kerana tidak bersalaman dengan Patrice Evra sebelum perlawanan dengan Manchester United di Old Trafford Sabtu lepas.
Suarez telah dijangkakan untuk bersalaman dengan Evra sebelum perlawanan tetapi dia malahan telah mengendahkan Evra.
Suarez telah meminta maaf atas kelakuannya itu.
“Saya telah berbicara dengan Kenny Dalglish sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar saya bersalah,” kata Suarez.
“Saya bukan sahaja mengecewakan pengurus, tetapi juga kelab dan apa yang ditegakkan oleh kelab dan saya minta maaf. Saya melakukan kesilapan dan saya menyesal.
“Saya sepatutnya bersalaman dengan Evra sebelum perlawanan dan saya minta maaf kerana tidak melakukan itu.
“Saya mahu lupakan segala hal ini dan fokus dengan bola sepak.” -ESPNstar
Luahan Perasaan