Hanya 7 mata untuk MU rangkul gelaran EPL 2012-2013
MANCHESTER United semakin hampir meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-20 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas kelab bawahan, Stoke City di Stadium Britannia kelmarin.
Skuad The Red Devils bimbingan Alex Ferguson kini hanya memerlukan tujuh mata dalam baki enam perlawanan untuk merampas kembali gelaran juara yang kali terakhir dimenangi mereka pada musim 2010/2011.
Selepas mengharungi 32 perlawanan, United unggul di tangga teratas liga dengan 80 mata, 15 mata meninggalkan juara bertahan, Manchester City di tangga kedua yang sekadar mengutip 65 mata dengan berbaki tujuh perlawanan lagi.
Kemarau dua bulan
“Ia adalah kemenangan penting dan kami semakin hampir untuk meraih gelaran juara. Apa yang paling penting ketika ini, kami tidak boleh hilang fokus,” kata Ferguson sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Pemain tengah United, Michael Carrick meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringan seawal minit keempat sebelum penyerang Belanda, Robin van Persie menamatkan kemarau jaringannya selama dua bulan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-66.
“Ia adalah kemenangan besar buat kami. Adalah penting untuk kami kembali bangkit selepas kekalahan Isnin lalu (tewas 1-2 kepada City).
“Gol saya hadir tepat pada masanya, tetapi saya tidak kisah sesiapa pun yang menjaringkan gol kerana setiap pemain beraksi hanya dengan satu matlamat iaitu membantu pasukan menang,” kata Van Persie yang sudah menjaringkan 20 gol musim ini.
Luahan Perasaan