Anfield gagal beri kelebihan buat Liverpool

Liverpool [0-1] vs West Bromwich
Liverpool 0-1 West Bromwich

Liverpool hanya menang lima kali di Anfield

KENNY Dalglish akur para penyokong Liverpool di Anfield berulang kali mimpi buruk.

Kegagalan anak buah Dalglish, yang jelas menguasai perlawanan, gagal mengikut rentak pertarungan antara Manchester United dengan Everton di Old Trafford yang berpesta gol dengan keputusan seri 4-4.

Dua percubaan Liverpool mengenai palang gol lawan dan berakhir dengan kekalahan apabila rembatan Peter Odemwingie pada minit ke-75 menjadi penentu kemenangan West Bromwich Albion.

Liverpool hanya mencatat lima kali kemenangan daripada 17 perlawanan Liga di Anfield dan tercicir 27 mata.

“Anda boleh semak temu bual lalu dan keadaannya sama, tidak berubah. Bagi perlawanan ini, ia bukanlah berita baru. Ia tetap sama bagi sekurang-kurangnya tujuh atau lapan perlawanan.

“Ia seolah-olah ulang tayang. Tetapi saya tidak mahu mencari alasan kerana tiada kesalahan besar berlaku di sini.

“Setiap pasukan - baik, buruk atau apa pun perbezaan - memerlukan sedikit tuah di pihak mereka dan ia tidak berlaku ka atas kami dan palang gol lawan sekali lagi bukan kawan baik kami.” — The Sun

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>