Torres punca Roberto Di Matteo dipecat

Roberto Di Matteo dipecat Chelsea

ROBERTO Di Matteo sudah diberi amaran bahawa dia akan dipecat sekiranya menggugurkan penyerang bernilai 50 juta pound (RM245 juta), Fernando Torres daripada perlawanan Liga Juara-Juara Selasa lalu.

Akhbar Britain, SunSport mendedahkan, pengurusan tertinggi Chelsea mendapat tahu mengenai rancangan Di Matteo untuk menggugurkan pemain kesayangan pemilik, Roman Abramovich itu sebelum menentang Juventus.

Mereka menasihatkan Matteo agar membatalkan hasratnya, namun ia tidak diendahkan, biarpun sedar tindakannya mampu mengancam kedudukannya.

Akhirnya Chelsea menuju ambang penyingkiran apabila kalah 3-0 kepada juara Itali, Juventus.

Seperti diduga, Di Matteo dipecat beberapa jam selepas perlawanan.

Di Matteo menggugurkan Torres selepas aksi hambar penyerang Sepanyol itu ketika kalah 2-1 kepada West Brom, Sabtu lalu. Dia sebaliknya membawa Eden Hazard sebagai penyerang di Turin.

Kekalahan tersebut menyebabkan Abramovich hilang sabar kerana dia sudah memikirkan hasrat untuk memecat Di Matteo sejak sebulan lalu. Dia melantik Di Matteo pada Jun lalu selepas gagal membawa Guardiola.

Torres, yang menerima gaji 180,000 pound (RM880,000) seminggu dianggap ‘penasihat tidak rasmi’ Abramovich.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>