Chelsea pintas Arsenal

CHELSEA melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas menang bergaya 3-1 ke atas Birmingham City, di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Ia susulan kegagalan Arsenal mengutip mata penuh selepas The Gunners diikat Tottenham Hotspur 3-3 dalam aksi di White Hart Lane.

Chelsea memintas dengan kelebihan gol meskipun mengutip mata sama iaitu 64.

Gol Chelsea diperoleh menerusi Florent Malouda dan Salomon Kalou (dua gol) manakala gol tunggal Birmingham dijaring oleh Sebastian Larsson.

Sementara itu di White Hart Lane, Arsenal sekali lagi mensia-siakan peluang untuk merapatkan diri dengan Manchester United apabila diikat oleh Spurs 3-3 sekalipun mendahului 3-1 pada satu ketika.

Pertahanan Arsenal terus dirundung masalah apabila membiarkan Spurs bangkit daripada ketinggalan dua gol lalu memastikan Arsenal pulang hampa dengan hanya satu mata.

Arsenal terlebih dahulu mendahului melalui Theo Walcott, yang menggunakan kepantasannya untuk menewaskan pertahanan Spurs bagi mendapatkan gol pendahuluan namun Rafael Van der Vaart pantas menyamakan kedudukan buat anak buah Harry Redknapp.

Samir Nasri kemudian meletakkan Arsenal di hadapan sekali lagi pada minit ke-12 dan Robin van Persie melebarkan kedudukan melalui cubaan jarak dekat pada minit ke-40, namun Tom Huddlestone merapatkan jurang empat minit kemudian.

Penjaga gol Arsenal menghadiahkan penalti buat Spurs setelah menjatuhkan Aaron Lennon dan Van der Vaart tenang menyempurnakan penalti bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>