Mark Hughes dipecat QPR
QPR pecat Mark Hughes selepas gagal catat sebarang kemenangan!
Queens Park Rangers (QPR) memecat pengurus pasukan Mark Hughes, hari ini dan berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Harry Redknapp bagi mengendalikan skuad tercorot Liga Perdana Inggeris itu.
Hughes menjadi pengurus kedua Liga Perdana dipecat dalam minggu ini iaitu selepas pengurus Chelsea Roberto Di Matteo yang turut mengalami nasib yang sama, Rabu lalu.
Di bawah kendalian Hughes, QPR gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 12 permainan dan hanya mengutip empat mata.
“Mark menunjukkan integriti dan sikap profesional, tetapi lembaga pengarah tidak mempunyai banyak pilihan untuk melakukan perubahan demi kelab ini,” kata QPR dalam kenyataan di sini hari ini.
QPR pecat Mark Hughes | Mark Hughes dipecat
Pingback: » QPR pecat Mark Hughes | Sokernet