Blackburn rosakkan sambutan hari jadi Alex Ferguson

Manchester United 2-3 Blackburn

BLACKBURN Rovers merosakkan sambutan ulang tahun 70 Sir Alex Ferguson dengan mencipta kemenangan menakjubkan 3-2 ke atas Manchester United di Old Trafford malam tadi.

Pemain pertahanan, Geran Hanley menyumbat gol kemenangan pelawat pada minit ke-80.

Bayangan kemenangan Blackburn terjelma apabila mereka mendahului United 2-0 menerusi Aiyegbeni Yakubu sebelum dua jaringan Dimitar Berbetov menghidupkan peluang Red Devils untuk memungut mata penuh.

Namun jaringan Hanley memusnahkan peluang United untuk memintas Manchester City yang masih terikat jumlah mata sama dan mungkin akan melebarkan jurang mata apabila turun beraksi menentang Sunderland malam esok.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>