Asia Tour 2012: QPR lawan Kelantan, Sabah Julai 2012

Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan dan Sabah bulan depan sebagai sebahagian daripada pra-musim Asia Tour kelab itu.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR Philip Beard berkata perlawanan menentang Kelantan akan diadakan di stadium Shah Alam pada 20 Julai manakala dengan pasukan Sabah Allstars di Kota Kinabalu pada 17 Julai.

“Kami akan membawa pemain kesebelasan pertama pada pertemuan itu. Ia satu penghormatan bagi QPR untuk datang dan bermain di Malaysia dan Indonesia bulan depan. Setiap orang di kelab itu sangat teruja mengenai lawatan ini.

“Kami berharap ia akan membolehkan peminat kami di Asia menyaksikan pasukan kami beraksi. Ini merupakan langkah yang besar bagi QPR untuk datang dan bermain di Asia dan kami berharap ini merupakan peluang pertama bagi lebih banyak peluang yang akan datang,” katanya kepada pemberita mengenai pengumuman QPR Asia Tour di Akademi Air Asia di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Komersial Kumpulan Air Asia Kathleen Tan, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak.

QPR atau lebih diknali sebagai ‘Hoops’ dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Tony Fernandes.

Semasa Asia Tour, pasukan itu akan berada di tiga bandar raya - Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Surabaya ( Indonesia). Pasukan itu dijadual bermain menentang Persebaya FC di Surabaya pada 23 Julai.

Sementara itu, Beard berkata semasa lawatan itu, pasukan itu akan mencuba mencungkil bakat baru di Asia dan percaya pertemuan dengan Kelantan akan menjadi satu perlawanan yang menarik.

“Kami benar-benar mahu mengadakan latihan dengan bakat muda Malaysia. Saya akan meluangkan lebih banyak masa dengan pengerusi kelab Tan Sri Tony Fernandes untuk mencari bakat muda,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata perlawanan bersama QPR adalah persediaan pemanas badan untuk barisan utama Kelantan bagi menghadapi perlawanan Piala AFC menentang kelab dari Iraq, Arbil FC pada 18 Sept di negara itu dan 25 September di Kelantan.

“Satu penghormatan buat Kelantan apabila berpeluang bermain dengan pemain peringkat tinggi. Ini adalah persiapan untuk mereka (pemain). Mungkin membantu mereka supaya tidak berasa rendah diri ketika di padang,” katanya.

Baru-baru ini dua kelab EPL - Arsenal dan Manchester City - memasukkan Malaysia dalam Asia Tour mereka. Arsenal dan juara EPL Manchester City akan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan skuad senior Malaysia yang dilatih Datuk K.Rajagobal.

Arsenal akan bermain pada 24 Julai manakala Manchester City pada 30 Julai dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di stadium Shah Alam.

- Bernama

Related Posts

22 Responses to Asia Tour 2012: QPR lawan Kelantan, Sabah Julai 2012

  1. molek la tuh..mula2 lwn qpr..nk sohor dh tu slow2..de sohor gak pahni real ko barca ko pn nk ajak wt friendly..xmain dh plhn malaysia lwn klab..klab lwn klab la plop trik nim

  2. lawan dgn pasukan kelantan, okla jg. tp sampai skrg aku xfaham kenapa pasukan belasahan sabah pun dipilih. bg aku, xpadan langsung.

    • kelantanhanjing

      yang ko sibuk apasal..ska hati diorang la nak pilih sapa…kalu x ska buat team sndiri anjing

      • Ni sorang lagi dr spesies yg dengki ngan Kelate. Sian. Sakit ye… Nah telan ubat nyamuk ni. Kang kena sawan babi siapa yg susah, mak bapak ko jg yg susah. Tp kalau xnk susahkan mak bapak, ko daftarla masuk mana-mana hospital mental terdekat ye. Jgn lambat tau, kang mak bapak ko pula kau “parang”kan bila tahap kegilaan makin kronik.

    • Sebenarnya.. Tony Fernandez tu nak ucapkan terima kasih kat negeri Sabah sbb merupakan pengkalan Air Asia utama kat Malaysia Timur… lgi pun ramai penumpang2 air asia kat Sabah.. so, bukan shj nak promosi qpr malah ‘hadiah’ kpd rakyat Malaysia di sabah..

  3. Team sampah Sabah sure kena lanyak 20 - 0 ngan QPR.

  4. qpr/a.asia tu bkn nak lawan bola je…depa nak cari pengaruh kat asia sbb mrk ni kelab kecik di england. yg air asia pula nak promote sabah sbg tempat pelancongan, tu yg sabah terpilih…tak gitu???

  5. UNTUK MAKLUMAN, MATA UNTUK RANKING BOLA SEPAK FIFA / ASIA JUGA DI KIRA W/PUN PERLAWANAN PERSAHABATAN…THE RED WORRIORS DULU KINI & SELAMANYA….-MAYHEM BACHOK-

  6. trw akan kalah tahun depan pada atm bawah sathia

  7. Sabah Allstars la brader, bukan Sabah yg belasahan haritu tu, Sabah Allstars kompem diorang collect player2 yg berkualiti dari state lain, boleh jadik Safiq Rahim?

  8. Allstars? Mungkin artis / celebriti yg berasal dari Sabah kot. Tp kalau dibelasah pun, mungkin sikit2 je. Jg hati, hehe

  9. MASYAALLAH.. qta ne org msia.. npa nak maki2x n pndg rndh negeri lain.. apasal kelate nate ne racist sgt.. minda korg masi dlm gua musang ke x matang2x lg.. kelate nate is the one of raciscm country.. minda x matang2x.. perkauman.. aq puji org kelate ada d mrata tmpt merantau ke tempat org n semakin maju dari segi perniagaan tp sygnye x blik kampung majukn kelantan negeri sendiri.. harap2x kelate nate x racist sgt lg la.. rakyat x serupa pemimpin.. Tok Guru Nik Aziz should be a PM.. he is the only 1.. u’re the best..
    p/s : bkn nak kate ape la.. org kelate ne pengotor la.. eeeeeuuuyyyyyaaaakkkk…. sory..

    • wei x payah guna “masyallah” kalo ayat ko byk mencarut.
      ni kafir laknatullah mane ni…

    • Kesian menengokkan orang2 seperti UAI, jimmy palikat, kelantanhanjing komen macam orang tak waras @ takde akal…bau longkang @ taik yg lebih.

  10. yela tu, org negeri lain tak racist, puiii… komen kau kat atas tu pun dah menunjukkan kau ni racist brader. Rezeki Allah kat mana2.Mungkin kau tak pernah jejak kaki kau kat Kelantan, tgk dulu maju ke tak Kelantan, makcik2 yang sapu sampah pun gelang emas sampai lengan.Sg gombak lagi kotor dari sg kelantan!

  11. Salam,
    I,ve been all over Malaysia, come on my friend, especially to you UIA, if you say Kelantan is the worse state..you are wrong my friend….Satu Malaysia, sama ajer….toksah nak bangga dengan negeri kamu…dari Langkawi sampai ke Sandakan…tandas awam kotor macam hampeh…Terimalah hakikat wahai rakyat Malaysia…

    • Kepada yg racist tu mmg celaka…. padahal sama melayu, sama Islam. pasal bola nak gaduh. Memang korang ni berada pada jalan neraka tak terbatas.

  12. mereKa yg ngutuk org klate tu spesies dengki, busuk hati je. kot ye pun komen2 tu semua mengata pasukan bola sabah bkn ngata org sabah. besar bezanya. yg main dlm pasukn sabah tu bkn semua sabahaN. tp Aku rasa yg ngata klate tu dr negeri lain yg cuba laga2kn klate nga sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>