Manchester United turun barisan muda

Pertemuan menentang Manchester City menyusul Rabu ini

DARREN Fletcher mengakui pemain Manchester United kian resah memikirkan perlawanan menentang Manchester City Rabu ini, walaupun pasukan itu terlebih dahulu akan berdepan Wolves pada saingan Liga Perdana England, hari ini.

Fletcher berkata, pertembungan dengan City kini bermain dalam fikiran pemain, kerana kebanyakan mereka sedar kesukaran yang bakal dihadapi, jika gagal menundukkan City.

Ini menyebabkan pemain United seakan-akan lupa, bahawa menentang Wolves hari ini juga bakal menentukan hala tuju pasukan itu.

Namun, pemain kebangsaan Scotland itu menegaskan, kerisauan yang melanda pemain tetap dianggap positif, kerana kedudukan United kurang lima mata berbanding pendahulu liga, Chelsea manakala City pula semakin menghampiri pasukannya, apabila dibezakan dengan tiga mata.

”Memang agak ketara semua pemain gusar memikirkan pertembungan dengan City pada Rabu ini dan mereka sentiasa berbincang sesama sendiri berhubung perlawanan yang bakal mereka hadapi itu nanti.

”Kami juga memikirkan perlawanan menentang Wolves merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan tiga mata, sekali gus memastikan kami berada di zon selesa,” kata Fletcher.

Skuad Alex Ferguson, yang baru sahaja memperoleh kemenangan dalam Liga Juara-Juara Selasa lepas ketika menentang Bursaspor, kini semakin menghampiri peringkat kalah mati, walaupun tidak menurunkan beberapa pemain tonggak.

Perlawanan hari ini, United diramal menurunkan pemain muda yang membantu pasukan itu ketika menentang Bursaspor seperti Bebe, Gabriel Obertan, malah Javier Hernandez dan Park Ji-Sung juga mungkin beraksi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>