Arsenal sia-siakan kelebihan 4 gol
NEWCASTLE mempamer semangat juang tinggi di babak kedua untuk bangkit menjaringkan empat gol selepas ketinggalan dengan jumlah jaringan sama dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park sebentar tadi.
Arsenal sepatutnya tidak berdepan masalah untuk memungut mata penuh selepas mendahului tuan rumah 3-0 ketika perlawanan baru berusia 10 minit.
Kedudukan makin selesa buat Arsenal apabila Robin van Persie menjaringkan gol keempat The Gunners pada minit ke-26.
Detik kejatuhan Arsenal bermula apabila Abou Diaby dilayang kad merah susulan insiden dengan Joey Barton, lima minit selepas babak kedua bersambung.
Kekurangan seorang pemain lawan diperguna sebaiknya oleh Newcastle dengan menjaringkan empat gol selepas itu sekaligus mencuri satu mata daripada anak buah Arsene Wenger.
Luahan Perasaan